Friday, February 18, 2011

Selesai sudah Ujian Kecergasan

Pelbagai halangan aku tempuh sebelum menghadapi ujian ni. Persediaan fizikal dan mental apatah lagi.. makan jew langsung tak exercise.. Tidak lupa juga Surat Menolak pelepasan Guru juga dikeluarkan. sebab pada mulanya kita tidak menerima tentatif, tarikh kena pada hari Jumaat, jadi kecoh la tak suruh guru dia kluar pada waktu persekolahan..

Malam 18 feb ujian bertulis, lebih 20 orang menyertai ujian ini. Soalan A, B dan C. Ob, subjek, 1 esei wajib 1 esei pilihan.. cuma tiada no gilirannya... sempat saya menyalin sedikit soalan2 yang agak sukar dalam Ujian bertulis utk dikongsikan semua supaya kita akan tahu apa itu aktiviti2 & peranan Pusat Ko. Soalan2 ni hanya diambil secara rawak saja utk pengetahuan kita bersama..

Soalan 1: Apa itu 9M2MRC = Jawapannya Nine Mike Two Mike Romeo Charlie..
Soalan 2:Double Overhand Knot adalah Stopper = sebagai Petunjuk kpd penghujung tali.
Soalan 3: OS29000... pembelian peralatan.
Soalan 4:Skim Kejurulatihan Pusat Kokurikulum = iaitu Pembantu Jurulatih, Jurulatih Kanan Negeri, Jurulatih  Kebangsaan Negeri, Jurulatih anan Kebangsaan, Panel kejurulatihan Kebangsaan...

Soalan 5:Figure 8, Karabina, Karamental Dinamik, Slink adalah peralatan utk Abseiling..bukan Orientering, Flying Fox & River Crossing..

Soalan B Subjektif: senaraikan peranan Ketua Kem, Ketua Jurulatih...
Soalan Esei: 1) peranan Ketua Jurulatih bg menjayakan sesuatu program.
2) Aktiviti Manual (soalan sukar sebab kena ikut detail2 dan teliti..
3) Aku jawab ni, Peranan Kementerian Pelajaran malaysia bg meningkatkan martabat/kualiti Program dan Jrulatih Puat Ko...

Senaraikan Penajawatan Puskowila
1)Ketua Unit 2)Penyelia Logistik 3)Jurulatih Tetap, 4)Penolong Pengarah 5)Kejurulatihan, 6)Penyelia Program, 7)Pembantu tadbir Operasi, 8)Pembantu Tabir Kewangan, 9)Pembantu Am Pejabat, 10)Pemandu R1,




Bagi Ujian kecergasan dijalankan di Kompleks sukan..
1) Tekan Tubi 20 Kali dalam 1 minit - sukses
2)Set Up 25 kali dalam 1 minit -sukses
3)Mengangkat Beban sama berat dengan berat badan sendiri.- sukses, aku angkat cegu SK Sg. Lada..
4)Lari 2.4 km dalam 25 minit. -sukses 20 minit
5)Berenang 200 meter dalam 25 minit. -sukses, tp byk stop sebab pancit..hehehe.. 11.16minit

Tidak dpt dilupakan..kira emergency juga saya.. bila selesai semua test nih... ada seisi bergambar di dasar kolam renang.. byk kali la kami ni masuk menyelam nak ambik gmbr kunun.. sekali bila menyelam..kaki aku CRAMP!!!! utk first time... duihhh na.. Kejang ba.. so ada la Ketua Ju nih terus2 kasi luruskan kaki aku dlm kolam nih.. terasa kesejukan menusuk kaki aku nih... lepas tu ada 2 org mengangkat aku naik ke atas kolam.. dui.... sandinyaaa bila semua yg pandang nih..malu betul.. Lepas tu ada la juga sorg mamat nih tulung urut2 nih... siap "fuh.. kerasnya isi ko..."gilaAA... Beginilah hakikatnya bila terlibat dlm P.Ko ni.. kasi tutup telinga ja dgn golongan2 begini.. byk segmen celoteh 18x yg sandi2....

Nasib baiklah cramp selepas semua ujian ni selesai... syukur..Walaupun tidak kemana pun keringat aku hari ini, sekurang2nya terisi juga pengalaman, berkawan & Cut Kalori...Terima kasih buat kawan2 yg menulung aku tadi... Tengkiu2.. Karen, M.Dun, Jack dll... :)





0 comments: