Friday, February 18, 2011

Rindu... Missing you..

Rasa ada kekurangan dalam rumah ini. secara mengejutnya 3 ekor Baby ruru telah pun dibeli tadi
oleh seorang peminat arnab dari UMS... Thanks kpd en.Haris kakitangan Jabatan Perkhidmatan Veteriner, yang mempromosikan anak Ruru kepada orang yg dtg ke Veteriner..Tidak sangka ada juga org sanggup menelefon utk dtg ke Tmn Mutiara dan membelinya. Mulanya saya menjual sangat tinggi harganya tetapi sebab dia sangat minat dan membeli dalam kuantiti banyak..aku diskaun.. Bukan lagi harga RM88. :). Sekira di luar harga boleh mencecah RM130 .


Tuan baru kepada Si Bintik, Si Bum Bum dan Si Bam Bam... seronok betul Tuan Barunya mengambil anak baby ruru ni.. Keberatan sangat untuk berpisah dengan mereka.. Kerana kita sebagai pencinta pets ini sangat2 menghargai dan menghayati setiap karakter, sifat dan corak bulu yang sangat unik... Yang paling saya sayang.. Si Bam Bam.. saya bawa juga dia, for Sale... Di depan Supermarket Family Mart Tmn Mutiara..lokasi berjumpa. Ada juga yg lain ingin membelinya tapi masalah sangkar, kelengkapan dan makanan menyebabkn org tu tidak jadi beli... hermn...

Lepas ni saya kahwinkan lagi RuRu dan Ping Ping... tak lama lg pasti dapat cucu lagi.. :

0 comments: