Tuesday, February 15, 2011

Data oh Data.. SMPK

Sebagai guru Data. Aku kena sentiasa úpdate' kan maklumat2 diri pelajar dan guru2nya.. Terdapat 2 sistem yang perlu saya sentiasa kemaskini iaitu maklumat SMPK yg diakseskan dlm M.Access, Fail SMM utk data sekolah dan borang2 SMM secara manual. Disamping tu juga, aku kena kemaskini jumlah pelajar setiap bulan dan keluar masuk pelajar.. hermmm bukan mudah kan.. Tambahan pula jawatan ni aku pegang terus bila terus shj masuk ke sekolah. Tekanan bukan... dah lah tak kenal pelajarnya.
 
Pada akhir bulan Januari ini,  sedang saya mengemaskini data pelajar, saya menukar nama seorang pelajar seperti di dalam IC. Dengan menambah ( ' ) pada nama menyebabkan sistem ini bercelaru dan rosak semuanya. Semua nama pelajar tidak boleh dimasuki. Bila mesyuarat semalam, tidak juga dpt dibaiki.Jadi alamatnya aku kena reset semua dari tahun lepas, update semula dengan pelajar2 yang terbaru..

Malam ni aku bertungkus lumus melengkapkan semula maklumat2 di dalam SMPK tu. Perut pun kenyang dengan secawan kopi & Mi Perisa Tom Yam versi in my mug cap Super..Bleh tahan juga mi nih sebab kandungan mi nya banyakkk.. Memang kekenyangan dibuatnya. Tak mcm mi Tom Yam magi..aku bleh muak dan tak habis versi in my mug punyer..

Nasiblah baik aku diberi cuti sehari sempena sambutan Maulidur Rasul. Inilah kesempatan aku menyiapkan kerja ni sebelum dihantar besok. Jam dah tunjuk 11pm...ada 6 org pelajar lagi untuk diisi.  Besok rabu kena pakai baju bomba.. Jd tak payah la nak seterika.. Besok kena stay sampai 2.30pm utk aktv kokurikulum..

Chayok2..nak tidur awal nih... kepenatan.

0 comments: