Sunday, February 20, 2011

Program hujung minggu 20 Feb

Sebenarnya tiada apa2 yg aku lakukan hari Ahad ni, sebab kepenatan dan masih sakit sengal2 sendi tulang hasil dari ujian kecergasan semalam.. Peluang utk badan ni rehat sepuas2nya.. Topik sesuai hari petang ni.. Penyemburan nyamuk:


Rasanya apa yang korang buat apabila Orang Kesihatan datang 
 utk menyemburkan asap nyamuk...?
 Sebelum ni apabila nyamuk berterbangan di rumah kalian, mesti ada luahan... tempat saya tidak pernah Jabatan Kesihatan datang untuk sembur asap nyamuk.. Ada juga tertanya-tanya macam mana nak suruh orang kesihatan ni datang sembur kawasan saya? Setelah berlakunya orang terkena Denggi, barulah diorang datang untuk sembur nyambuk di kawasan kita. Tapi pengalaman saya di brunei sebelum ni, kita boleh pergi sendiri ke Unit Kesihatan(bahagian penghapus nyamuk, lalat..) macam itu la.. Tapi rasanya di malaysia ni belum ada yg lipas2, lalat2 ni kot.. Lepas ni boleh la pantau2.. Kita boleh mengisi borang, beri alamat dan tarikh bila kita hendak mereka datang ke rumah kita.

Petang ni ada org kesihatan datang ke kwsn blok aku..  apa yang aku buat adalah:
-Buka semua pintu2, jendela, semua pintu bilik dan jendela..
-Menutup makanan, simpan..
-Tuang susu Ping Ping aku..(tidak boleh diminum lagi) nanti keracunan pula haiwan2 kesayangan aku tu..
-Spray lagi bahagian bilik2 celah2 yang tersembunyi di belakang almari..
-Memastikan net(mosquito net) masih baik di dapur dan jendela tandas. 
 Terima kasih la buat Tuan Rumah aku yg pasangkan mosquito net dan Tikus/kucing  net di sekitar pintu2 rumah aku.. Nampak kemas, cantik jew sebab berwarna hijau..
-Pada masa sama, bergotong-royong lah aku di dalam rumah ni kasi bersih2.. semangat la tu..
-Last, tutup balik semua pintu2, jendela dan langsir... hehehe.
-Beberapa jam kemudian baru saya terfikir. Air yg banyak dalam tong biru besar dlm rumah aku yang sentiasa ditutup, belum lagi diperiksa..manalah tau tong tu adalah gudang jentik-jentik... habislaaa..
-ada pula jiran2 sebelah aku, terdengar (menutup pintu dapur dan tingkap semasa penyemburan ini dilakukan.. kot2 durang fikir nyamuk2 ni akan masuk dlm rumah mereka) 

Gambar ni nampak menarik..tapi rumah aku tiada tempayan, tiada tanah untuk bercangkul
dan tiada tab mandi. hehehe. sajer letak.

Agak bimbang juga aku dengan kawan2 aku yang lain yang tinggal di kawasan blok ini sebab sebelum ni mereka pernah mengadu dan bertanya keadaan nyamuk di rumah i, i kata rumah i takda nyamuk.. Ada jg kwn yg menunjukkan bekas gigitan nyamuk pd kite tempoh hari..
Ada juga aku nasihatkan supaya spray dulu sebelum tidur dan tutup semua pintu pada waktu senja2.. 
Jadi, sekiranya ada berlakunya penyemburan ni, kita kenalah berjaga2, ada orang di kawasan kita yang menghadapi penyakit denggi... Selepas ini.. cuba hapuskan nyamuk terus apabila terlihat.. bersihkan kawasan sekitar, jangan ada yang bertakung, atap2 yang berair(jiran aku ni).. dll. 
 
 masih ada lagi kerja yang tergendala yang kena siapkan:
-Dokumentasi Larian Kecergasan
-Minit Curai Bengkel Penyelarasan data
-Inventori alat/modal. Aku bahagian Bahasa Inggeris dan Muzik. 
-Demand segera dan sentiasa buat: Data2 SMPK, EMIS ONLINE dan Borang SMM.


0 comments: