Friday, August 12, 2011

Andai Lelaki Tahu..


Ingin saya kongsikan artikel menarik ini yg dipetik dari laman notes dr facebook kwn2. "ändai lelaki tahu" sedutan berguna bagi kaum adam untuk mendalami dan mendekati insan bergelar wanita. Terdapat 13 kandungan untuk kita kongsikan sifat-sifat yg dimiliki wanita.  Kite percaya kandungan ni ditulis/disunting dari hati naluri seorang perempuan. 


Setiap kehidupan kita perlukan saling kepercayaan dan persefahaman. Bergantung juga dengan karekter individu yang kita kenali. Mungkin kandungan ini semua boleh membantu kalian. :) Secara jujurnya, inilah perasaan hati seorang perempuan yang sebenar... 


Andai lelaki tahu..Apabila seorang perempuan jatuh cinta, lelaki itu tidak semestinya punya segalanya tetapi lelaki itu adalah segalanya di hatinya.


Andai lelaki tahu..Apabila seorang perempuan itu mengalirkan air mata, itu bukan bermakna dia lemah, tetapi dia sedang mencari kekuatan untuk terus tabah menyintai lelaki itu.




Andai lelaki tahu..Apabila seorang perempuan marah, memang dia tidak mampu mengawal perasaannya tapi percayalah, itulah maknanya dia sangat mengambil berat dan menyayangi lelaki itu. Lihat saja pasangan yang baru bercinta, mereka jarang bergaduh. Tetapi percayalah semakin bertambah sayang mereka pada seseorang, semakin pula banyak pertelingkahan yang berlaku.


Andai lelaki tahu..Apabila perempuan bercakap banyak, dia tidak pernah bermaksud untuk membuat anda rimas, tapi dia mahu lelaki mengenalinya dengan lebih dekat.


Andai lelaki tahu..Apabila perempuan berkata dia mahu anda berubah, itu bukan bermakna dia tidak mahu menerima anda seadanya, tetapi dia mahu menjadikan anda lebih baik, bukan untuk dirinya, tetapi untuk masa depan anda.


Andai lelaki tahu..Apabila perempuan cemburu dan tidak percayakan anda, bukan bermakna dia tidak sayang..tetapi dia terlalu sayangkan anda dan masih mengangap anda anak kecil yang masih memerlukan sepenuh perhatian. Kadang2 dia terlalu risau sekiranya terlalu percaya, anda akan mengkhianati kepercayaan yang diberi. Naluri keibuannya sangat kuat. Dia hanya mahukan yang terbaik untuk anda.


Andai lelaki tahu..Apabila perempuan merajuk, jangan kata dia mengada-ngada. Dia bukannya mahu dipujuk dengan wang ringgit atau hadiah sedozen, tetapi cukup dengan perhatian yang boleh buat perempuan rasa dihargai.


Andai lelaki tahu..Apabila perempuan jarang mengatakan ‘i love u’, itu tidak bermaksud dia tidak menyintai tetapi dia mahu lelaki itu merasai sendiri cintanya, bukan hanya hadir dari kata-kata tetapi juga melalui bahasa tubuhnya.


Andai lelaki tahu..Apabila perempuan kata dia rindu sama kamu, dia benar-benar maksudkannya. Apabila berjauhan, bayanganmu akan sentiasa bermain di mata.


Andai lelaki tahu..Apabila perempuan kata lelaki lain itu lebih baik dari kamu, jangan percaya kata-katanya kerana dia hanya mahu menguji kamu. Dia mahu melihat sejauh mana kamu sanggup menjadi yang terbaik di matanya. Walaupun sebenarnya memang kamulah yang terbaik di hatinya. Selagi dia dengan kamu, percayalah, walaupun perempuan menganggap masih ramai lagi yang lebih baik di matanya tetapi di hatinya, kamu tetap yang terbaik.


Andai lelaki tahu..Apabila perempuan menjadi degil, dia bukan bermaksud untuk menjadi degil tapi dia mahu melihat sejauh mana lelaki itu mampu bersabar dengan kerenahnya. Percayalah, hati perempuan itu sangat lembut. Andai kena caranya, jangan terkejut kalau akhirnya dia menukar fikirannya dalam masa sesaat.


Andai lelaki tahu..Apabila perempuan berkata, “tolong tinggalkan saya!”, dia tidak bermaksud menyuruh anda pergi selamanya. Dia hanya mahu menenangkan fikirannya sebentar saja. Apabila dia kembali tenang, percayalah dia akan mencari anda semula. Itu tandanya dia benar-benar menyintai anda. Perempuan sukar untuk mengawal perasaan. Dia terlalu emosional. Tapi dialah yang paling menyayangi anda dan sangat sensitif dengan perubahan pada diri anda.


Andai lelaki tahu..Sememangnya Allah menciptakan lelaki dan perempuan itu dengan perbezaan yang tersendiri. Tetapi sekiranya mereka saling memahami, mereka akan saling melengkapi dan menyempurnakan . Perempuan itu diciptakan oleh Allah indah sekali. Di sebalik air matanya, tersimpan seribu satu kekuatan yang bakal menjadikan seorang lelaki itu merasa selamat bersamanya. Biarpun zahirnya perempuan itu tampak lemah tapi dia punya kekuatan tersendiri yang bisa menggoncang dunia dan mungkin bisa pula membuat lelaki menjadi lemah kerananya. Jadi hargailah kehadiran seorang perempuan dalam hidup anda kerana dia didatangkan bukan dengan kelemahan sahaja tetapi dia juga ada kekuatan untuk menyongkong anda dan membuatkan hidup anda lebih sempurna. Dialah yang bakal menjadi perempuan bekerjaya, isteri juga ibu yang terbaik untuk anak2 anda.




 -kita kongsi bersama-



Thursday, August 11, 2011

Luahan hati..

Mana nak dialaskan hati apabila dalam keadaan panas sedang merindui sesorang...
Kata-kata dan luahan tidak mampu membayangkan suasana dan ruang di hati seseorang. Apatah lagi bila menanggung seksa dan cabaran
Terharu dan terima kasih buat kawan-kawan yang caring, sayang & sanggup menjaga kite selama ini...


Hasil nukilan kamu akan ku pamerkan disini... :) *ada ku kesah.hehehe


rindu ku rindu
pada dirimu
bila kau jauh dari sisi ku
resah gelisah didalam dada
sedih ku rasa mencengkam sukma
datanglah kasih pujaan hati
walau sekejap saja
pengubat rindu hanya diri mu
kemana engkau pergi bawalah diriku
tak sanggup hati ini
berpisah dengan mu




ok.. ^____^ THE END.

Tuesday, July 19, 2011

Singa dalam perkhemahan

Baru sahaja pulang makan dari medan selera bersama member2...
Kebetulan seorang pelajar kite kata kenal kita. "cegu jaga OKU".. 
Pada masa yg sama, pelajar ni baru jew balik dari perkhemahan Pengakap peringkat Negeri tu.. Sangat terkejut sebab aku pun tidak perasan pelajar ini ada dlm perkhemahan tu. Tak perasan bila pakai baju formal dan tshirt di warung..  Apa yg saya dapat info budak ni, peserta dari sekolah lain bertanya begini:




- "Cegu Ivy dari Mutiara ni Garang ke? "  
budak jawab," tak lah nampak  diam-diam jew semasa di sekolah." yelah kite adalah guru pelajar khas. 


Gandingan aku dan Saiful.. Tanpa senyum sikit pun membuatkan
peserta GERUN.....  




-"kali ini, 2 orang Tuan dan Puan di depan ni sangat garang..." 
Sapa lagi, Kem Kom Saiful dgn aku la.. bila bergandingan.. betul2 bikin peserta ketakutan.. yelah SUARA KUAT!!!! bergegar padang. Aku pun tegas.. Kasut basah pun kena pakai juga setiap perjumpaan.. NO SLIPAR2 yew... Tambah dengan Tuan Saiful ni Kawad steady.. huhhh caya lah.


-"Kalau Puan Ivy ni ada lagi di perkhemahan akan datang, kami tak berani nak datang berkhemah lagi.." hadui sampai gitu sekali pula budak2 ni ckp.. tak sangka2. hehehe. Bagusla juga, bagi peluang pada pelajar lain, ni asyik pelajar sama juga..kan.


-"Kami semua takut pada Puan Ivy, bila kami lalu kami akan bagi salam"
Bagi saya pelajar perempuan tak takut kat kite, mungkin kite banyak bersama mereka, membina khemah, byk berbual dengan mrk. Yang byk2 bagi salam "Pagi Puan""Petang Puan...Terima kasih Puan.." semuanya pelajar lelaki.. baru i prasan,.. 


-peserta sukar tidur di dalam khemah lewat2 mlm, citer pasal kem kom lah tu.berhabis cerita pasal pemimpin mereka... :)


Perkhemahan Pengakap W.P Labuan Semua scouts  Sekolah Rendah
dan Menengah seramai 164 orang.
Kali pertama sy diberi tugas ice breaking, pecah bendungan dan pembahagian kumpulan seramai ini.. bukan main pening.. mmg mencabar lah sebab merangkumi pelajar rendah & menengah lagi.


Kesimpulannya, garang ke aku? mungkin didikan zaman Chulalonkorn aku dulu terbawa-bawa dan apabila didedahkan kpd pelajar2 skrg, seakan-akan tak sesuai dgn jiwa dorang.. Yelah pelajar skrg ni santai, byk bergurau, tidak serius, ambil remeh temeh, pandang ringan... Kite buat dorang macam ala-ala militari dan kem tentera pula yek... apa nak buat.. dah jiwa tegas. tapi bila peserta2 ni dah bergaul dgn kite, baru dorang tau.. friendly, open, dan mesranya kita. 







Sunday, June 12, 2011

Kotak sejuk.. nak ke tak nak??

Peti Ais: Semua ada.. ini sahaja tiada.. dah lama nak beli..tapi tidak juga mahu membeli.. bukan tak mampu.. sebab bila dah beli nanti, macam2 aku beli kasi sumbat..kang tak kasi masak(1).. Mood aku kat dapur ni bukannya kekal..kadang2 rajin..kadang2 tak (2). Lagi2 aku ni duk apartment, rasa tak rela nak angkat benda berat2 ni utk dibawa naik.. kena ada org kuat tolong angkat dan turunkan(3)... Mesti rosak punyalah sebab motor benda ni sensitip katakan.... Lagi2. kalau ada peti ais, gejala suka minum dan makan barang sejuk pun akan melarat.. dengan air karbonatnya, manisnya.. tak baik tuk kesihatan gue(4).. huh... So, nak beli ke tak?
Sebab tu kalau cuti..berhabis makan.. ^_____^Y


(1)jimat makan umah.. yer ke?? tabiat aku suka lepak luar/makan luar..
(2)Jimat wang beli makanan: Yer ke? aku conggak2 lebih kurang jew..
(3)Kalau ada family/member datang: mcm2 resepi aku bleh buat..


Oven: Di antara alat pembakar makanan yang aku kerap guna untuk membuat biskut, roti dan makanan bakar.
Kenapa tak beli? Rumah appartment punyalah kecik...dimanakah ruang boleh aku letak? 
Keadaan dapur yang kecil, sempit dan terhad memang membantutkan mood kita untuk berada lama di dapur.. untuk menguli, memotong, meletak.. heihh....


Kalau ada oven: suka buat roti2, pizza, cheese cake, kentang bakar, ikan bakar bersambal... Time perayaan, mcm2 kek & biskut dibuat... ^______^Y 

Friday, June 10, 2011

Ah..Ah... Ah.. Ahmad....




Hai.. Selamat petang..
Hujung2 minggu bergini melayan radio di kereta, di rumah.. lagu ini sering terdengar di corong-corong radio.. Dengan alunan suara merdu Arrora Salwa..sememangnya lagu yang paling seksi yang pernah aku dengar di Malaysia.hehehe.. 



Dengan alunan... Ah ah.. Ahmad gitu.. memang mengancam nama lelaki yang bernama Ahmad.. huhu.. Kenapa tak guna nama lain? Azam ke.. Amin' ke.. hehehe mungkin sebab nak ambik bunyi ''AH'' tu yang lebih berkesan..


Seperti sekarang nih.budak2 sekolah.. yang pelajar bernama Ahmad.. habislah dia dipermainkan oleh rakan2 yang lain..Kalau gurunya bernama Ahmad... huhu


Jom kita karaoke lagu ni.. nyanyi2.. huhu.. sesuai utk orang yang sedang jatuh cinta dengan si 'A'..Ahmad... hehehe

Wednesday, June 8, 2011

Ouchhh... aku ingin sangat!!!

Bila masuk ke saloon, selalu jew tanya... "apa nama warna rambut kamu...jenama apa.... berapa harga dye... berapa highlight...." Siap tengok2 lagi sesiapa yg lalu dengan rambut ALA-ALA HAZELNUTnya tu...Panjang mengurai.. bersinar2...highlight lagi... fuhhh


Dah lama menyimpan keinginan ini.. Sekali sekala hendak mengubah gaya rambut.. 2 tahun lepas sebaik graduation memang bertekad hendak colourkan rambut.. akan tetapi, teringatkan temuduga INSAK niat terbatal. Lepas tu niat memberontak hendak melakukannya, teringat ada lagi temuduga sah jawatan.. Kursus lagi dan lain2... Simpan sahaja niat itu..


Dulu pernahlah mendye kan rambut.. time sekolah2 lagi..purple lagi.. hehehe....Kita dyekan orang pun ada..


Tahun ini terasa terkilan...kita diberi jawatan bahagian Disiplin... Haduiiii T______T. Tugas kita memang kena menegur budak... Byk2 kes dye rambut... siap aku gunting lagi rambut pelajar yang berdye.... hadushhhh dalam hati sebenarnya _____ . hahaha.. Sampai budak mengamuk melemparkan barang... Apakan daya...


Apa yang dinantikan.... satu hari nanti, bila aku digugurkan jawatan tersebut..... ^_____^Y Adalah tu nanti... Hentam jer lahh...  hehehe... jahat tul lah... Tak pa.. aku tunggu masa jew ni....

Tuesday, June 7, 2011

Video yang menenangkan...



Semalam sampai subuh mendengar ceramah agama,sampai 15 part kita dengar.. insaf2... Bila bangun pagi2..Video gini pulak aku layan...huhu... betul2 la sandi aku nih.. 


Suka muziknya... The Major Boys ~Sous Le Soleil~

Mula menyukai baby

Sebelum ni.. agak kurang aku minat kat baby2 nih.. dulu adala mood gitu..bila mjaga anak buah pertama... cukup2 aku jaga, dari umur berhari2  hingga setahun..pakai lampin, bancuh susu, bagi minum sampai susu habis... lepas tu baby pun berpndah. Alicia Tracy namanya...sekarang dah tingkatan 3..


3 Mei 2011, sekali lagi aku jadi aunty kepada Daveney Lee. :) Lawa la baby girl nih.. Kalau membeli belah, shoping mesti membeli untuk Daveney.
Muka baby ngantuk nih... bila aku pasang
twinkle2 little star... huhu.

Hari ni hantar Daveney pergi klinik ibu dan anak, ambil darah, cek kuning nasib baik ok jew.. huhu. baru tadi  kasi ubat demam, tiada pigari. Mummy dia pun suruh aku bagi ubat guna sudu. Sebab dia kata kite berpengalaman bagi ubat.. apa lagi Ping Ping la... Bila pegang haiwan2 kecik, memang expert bagi ubat. Ping Ping kalau di kasi bukan senang.. kepala goyang kiri kanan melentik-lentik.. hehehe


Bila aku pikir... bila lagi la aku ada baby yang betul2 punya..huhuhu..

Daveney Lee, kiut...


Monday, June 6, 2011

Buat penggemar badminton

saja kita mencipta pantun berkasih ini untuk hiburan hati dan menghilangkan bosan..

Smash’ musuh raketku melayang
tangkis jatuh luar gelanggang,
hendak buang tidak terbuang,
rindu di hati bukan kepalang.

Friday, June 3, 2011

Apabila sepi melanda....




Bunyi lagu membangkit suasana
Bunga mekar di depan mata
Sunyi rasa tak dapat bersama
Kekasih hati jauh di sana


Pungguk terbang di atas awan
Hampir tak terlihat oleh mata
Kalau hati rindu-rinduan
Rindu di hati meronta-ronta

Ikan di laut asam di darat
Dalam kuali bertemu jua
Orang jauh berkirim surat
Berkali-kali dibaca juga

Hujan turun laut memburu
Dingin malam mengusik kalbu
Biar batu menjadi debu
Aku tetap sayang padamu

Kelap kelip bintang menari
Indah menawan di tengah malam
Sungguh aku sedang merindu
Rindu di hati yang paling dalam

Pokok yang layu jangan dipenggal,
Tanam di batas yang bergali,
Ku menghitung masa yang tinggal
Untuk menemui mu kembali....



Sunday, May 15, 2011

Hari Ahad yg penuh gembira... :D

bangun pagi... terlewat dan terlupa lagi.. ada bunyi phone lama sangat berdering... mata berpinar2 tenguk siapa yang call... Aduiyai.... baiknya kawan aku ni.. boleh dia membangunkan aku... macam paham2 ja... nasib dia pun otw juga..katanya.hehehe


Rupanya hari minggu ni ada aktiviti sekolah iaitu Family Day.. Disebabkan kita ketua kumpulan menyediakan peralatan Sukaneka kanak-kanak. Apa lagi cemas la pagi tu.. Nasib baik, di rumah ada 5 baldi, botol kosong pun banyak(persediaan krisis air)... Aku pun turun 8.00pagi.. 


Sedang memanaskan enjin, Kwn sorang lagi call.. "Bawakan piring..."dan ada lagi sms satu.... "bawakan piring juga..."Bila aku send kat sorang nda sampai sms.. itula.. 2 2  aku berhubung message terbang sana sini..ada yang nda tersend..hehehe.. dan bila aku ontaway jalan di area layang2.. 2-2 keretanya keluar lalu aku..2 2 pun kata..kan mencari pinggang ka... haduiyai..kataku nda payah..byk pingang ku.... 


so the moral of the story is.. sebab kita ni tinggal di tempat2 pantai.. aktvtnya pun berpicnic saja.. kena beli pinggang plastik la... ada kawanku punya pinggang plastiknya bisai..tebal tapi ringan... di Milimewah @ Utama Jaya ada tu nda silap.hehehe


Sampai ja.. dui malunya sebab lewat.. rupanya ramai lagi yg lewat... paham2 la pagi minggu, sapa yang sanggup kan gerak awal... Dengan aktiviti bola taparnya... menulung panggangkan udangnya(seekor pun nda makan) atu la bila banyak..takut aku tenguk..nda berani kan makan..usulnya macam berpotensi tinggi kan membuat ku alergy.. ku pikir2 la juga tahap kolestrolnya tu.. sutung..apa lagi.. geli i tenguk... huhuhu..


ada la sorang cegu yang melambung bola tamparnya tu dan tersilap, aku jerit "terlebih makan sutung.." hehehe.. 


Aktiviti kanak2 isi air dalam botol..kesiannya diorang kepanasan..tapi aku rasa macam..seronok la.. harap2 kanak2 ni tak demam sebaik berpanas ni.... :)
Rasa bertuahla juga.. time acara boling padang. ada ka aku baling dekat2 orang ramai.. haduimaa.... malu eh.. tapi bagusla team aku NO 6. Johan bola baling la.. sempat la aku merasa ubat gigi darlie(small pack), sabun dettol dgn sapu tangannya.. kebetulan ubat gigi kecik aku pun dah kehabisan last2 dpt juga utk travel kan..hehehe. nasib tak beli..Bagusnya sabun dettol tu beri semangat aku ke swimming pool bleh pakai lepas swimming.hehe.



Petangnya... baring2 menungu masa 3.30pm.. lemahnya nak gerak ke kompleks tu.. bila diri dah sedar lama tak bersukan nih.. dan tahula sukan renang ni membakar banyak kalori. aku pun bersemangat nak gi renang... adalah berkenalan dengan Jurulatih Terlatih renang dari Kuantan(Bentong) guru perempuan Pekan 2, bagusnya bertukar2 pendapat dan memantapkan lagi teknik renang aku.. Cikgu tu pun JU Gimnastik lagi..! Pernah mengikuti ekspedisi KK to Menumbuk berbasikal, Menumbuk to Labuan berkayak... mmg berpengalaman suda dia.. aku pun nda larat laa..
Gambar swimming terbaik, gambar kelas renang pd hari selasa... :)


Lewat petangnya, time balik.. adaka kunci alarm aku terkena air.. habisla kereta aku berbunyi2 jew..Kalau org lain panik gila tu..aku sangat la releks... siap panggil2 lagi org yg sedang jogging2 tu.. sapa lagi Vincentla...katanya naik moto.. nda dapat la nak menulung nak ambilkan kunci ku di rumah...  nasib sorang perempuan datang tulung.. call husbandnya berada di dlm kompleks.. (kerja ILP) dia tulung cabutkan wayar alarm ku. So kereta aku bergerak dengan alarm yang dibisukan... besuk aku kena bawa kunci alarm yang keringlah..kena pasang baik wayarnya tu..


Balik2 menuju ke bandar hantar harun dan azlan.. terdetik juga nak bawa durang ke McD. Dorang pun kata.. nda pernah mkn McD, KFC pernah la.. aku pun belok dengan serta merta ke airport. Aku bawa durang masuk ke kedai baby, tenguk mainan2 baby & tguk2 baju..


"Harun, ok ka kasut cegu pakai ni....", "Cantik ka baju ni..." durang cakap "ok bah ceguu"... tapi tak confident aku nak belinya, kalau beli mesti tak pakai la.. sebab gaya nya tak sesuai dgn day life aku.. :P


Time ke McD, nah.. 3 medium of McChicken.. lepas tu tambah lagi Fries.. siap tapau kasi Azlan..sebab dia nak. Air Coke pun Harun 3 trip minta refill.. -____- , sos cilinya 6 dulang tuh.. hadui.. lucula dgn durang ni.. borak2 sembang2.. tukar2 pendapat & tau2 rahsia aktiviti/kes2 budak lain...Aku pun hantar durang balik, masuk ke kedai Saguking...
Azlan dan Harun, rakan sedoremi setia bersama... 


Balik kehujanan, parkir kereta sangat jauh dari blok aku.. jauhnya.. berpanah2 petir dan kilat..seram nak merangkak keluar.. bawa payung berbesi tu.. berhp..nah cas positif cukup utk petir hinggap kat aku.. huuuii..apa lagi.. teman2 jadi mangsa tempat aku bersms.. hehe. Aku fikir2 lagi kalau petir panah kita..apa kita buat..?????? ada 2 teknik yang ada: 1)tips, pakai selipar getah, cepat mengalirkan elektrik ke bumi.. 2)kecilkan badan..buat mcm ulat gonggok... hahaha..


Tips ikhtiar hidup ni tau... nah boleh survive la lepas ni... Bah nak tidur, besok Isnin.. byk kerja2 akan menanti...Anyway thanks buat kwn2 yg byk menolong aku hari ni.. :D













Friday, May 6, 2011

Krisis???

1) Krisis khabar air yang melanda di Pulau Labuan, dimana dan sesiapa menyebut.. 3 hari tiada air... 4 hari tiada air.. ntah betul ke tidak. Walaupun jiran kite kerja jabatan air yg bagi info2 pun aku tak tanya..(tak terserempak).. masih juga ada air..deras lagi. saje jew.


2) Krisis 2, ada....lah satu dua makluk yang saja2 dibelakang aku..yang saja2... ntah camana aku nak crita.. tak yah lah... biarlah rahsia.. tapi lucula.. setiap adegan dan dialog aku tau... hehehe... senyum2 ketawa2 aku dibuatnya. habisla.. watak orang2 ni ada baca blog aku nih.. lantaklah kamulah ya..


3) Krisis 3, dah 4 hari aku duk dpn tv tertutup..pecah rekod. Tak minat nak pegang remote dan tgok tv..sibuk jew.. Crita Kejora Bintang last&habis episodnya pun aku nda hairan... Beli tv pun tak guna..bayar astro pun..bagi free ja... kalaulah duit RM68x12 utk bil astro aku simpan dlm saham ke.. kan bikin kaya.. tapi taklah sekaya milionare org punya Astro tu.. huhu..Krisis apa pula ni..tiada kaitan..saja nak letak utk isi krisis..


4)Krisis 4, mengidam nak makan ketam, rojak & ABC.. besok balik Miri... oklah tu.


5) Krisis 5, aku dipilih utk mengetuai kontigen Labuan utk pegi ke Expedisi Siri ke 2 ke Johor.. habisla... tak pernah pergi adventure mcm ni nak merasa juga. Tapi saya sedar, lutut dan kesihatan aku nih.. mampu ke aku menanggungnya nanti? Dalam 2 bulan kebelakangan ini.. memang ada perubahan ketara dalam kesihatan kite... Lemah, kurang berdaya, cepat letih!!!! hadui.. nak kata malas bukan..tapi memang cepat penat. Sememangnya lain dah tak macam dulu. 


Dah tak sedar umur dah naik.. kira muda lagi pun.. nak mati cepat ke ape ni...Ubat dibekal 2 bulan oleh hospital kerajaan.. tak juga baik2.. So, sekarang aku tengah fikir..mampu ke tidak.. dalam keadaan aku begini_____. susah nak cakap.. Pakar jew tau.


So, adalah nasihat rakan tadi, aku bleh mencuba menjalani ujian MRI utk analisis badan ni, apa ke kes dan masalah sebenarnya.. *____*  seram tau, lepas MRI mesti dah tau apa penyakit..segala penyakit dlm badan..


5) Krisis 6, terakhir.. besok mesyuarat PIBG..dengar2 13 org je mak bapak dtg.. aku blum settle kasi labelkan video ni.. dui..melambat2 jew kerja aku..



Friday, April 29, 2011

Orang Bandar mau jadi orang kampung

Biasalah lumrah hidup.. Tadi ada satu ayat..."kalau orang kampung yg duduk di kampung tidak kisah dgn tanah2nya..tapi orang2 bandar yang mau duduk di kampung nmpak masa depan di kpg"... Sebaik berinteraksi dan bertukar-tukar pendapat bersama jabatan pertanian tadi pagi. tanpa berlengah2 aku pun bertanyakan perkembangan tanah ku di kampung.

Dengan harga getah yang sudah turun tapi memang tinggi juga.. apa lagi aku pun mahu juga bertanamkan pokok getah nih.. Thanks to my saudara-mara di kampung yang sudi membantu aku menguruskan hal2 pertanian dan pengurusan/pembangunan tanah disana.. Gawai nanti aku tidak pegi mana-manalah, aku balik kampung menguruskan tanaman sawit dan getah. Inilah masanya aku meluangkan masa utk  memajukan diri dan keluarga..

Telah lama aku simpan gambar2 ini dlm kamera ku, tidak juga diupload dlm fbku..jadi aku share jew disini..


Abang Ipar ni, tunjuk2 disitu rumah 2 tingkat yg akan dibina nanti..


Ini juga jalan ke tanah pusaka. Kos untuk menabrak" jalan
sahaja sudah RM7k!!


Jalan baru ke kampung. Org kampung pun boleh sesat. jln lama suda tidak digunakan.


Ini sawit sedara punya, tp dia lama tidak sentuh nih..berlalang2.hehe..


My aunt, jalan dan tanah2 ini.. seluas mata memandang.. ada 3 bukit bayangkan
seluas tanah ini lebih 20-30 juta harga pasaran di KL.hehehe $__$


First time aku masuk sini... Thats my aunt.


2 of my mother siblings dengan adik lelaki aku tuh.. menyukat tanah..termasuk sawah di
belakang itu..


Nmpak hutan tebal tetapi pokok2nya kecil sahaja. 30 tahun lalu tempat ini penuh dengan sawah padi bukit, tmpt mak aku bercucuk tanam dulu2 masa dia kici2..Menungu aku pulang utk dikerjakan...wah!


Nah.. masa depan ku semua ada disini... Ada orang kata, masa depan aku nak jadi doktor, nak jadi cegu.. beli rumah besar, kereta besar.. Tapi aku lain lagi.. ada lagi masa depannya.. dalam 10 tahun akan datang... nda sabar2.. bila lagi aku mau berhenti sebagai kakitangan kerajaan ni.. puih3... =P

Monday, April 25, 2011

PUNCH CARD MERAH!!!

Awal pagi.. bleh caya ke aku bangun pagi rutin 6.20am!!


set kluar dr rumh 6.35-6.45 am gitu.. sebab tinggal mandi, angkat barang terus kluar.. laju kan... hehhe


Tapi yang bagusnya bulan ini tidak seteruk bulan lepas PUNCH CARD merah sana sini..!!! Walaupun bangun seawal 5.30-6.00am. 


Bulan ni pecah rekod la.. hitam ja semua..cuma sekali pd awal bulan ni... itu pun sebab JAM punya pasal.


Geng2 yg macam aku memang setia menemani aku pagi2 jln jogging2 pegi Thumbprint @ punch card. Kawan aku 4480, 4619..wah nda payah tau lah orgnya..sebab mgapa ingat no? bila pegi ke sekolah mmg mata mjeling2 kat keta ni slalu parkir di sebelah2 pagi2.hehehe


Aku rasa dasyhatnya kami kena punctual dengan 3 alat. Memang tiadalah di sekolah/pejabat2 lain aku rasa.. dlm Malaysia kot.. Pagi2 lagi kite kena:

1) Punchcard kat kotak jam randik..

2)Thumbprint lagi kat mesin cap jari tu..Slalu jawab "tengkiu"kalau tak pun "please try again!"..


3)Tulis nama lagi di buku kehadiran perhimpunan utk Jabatan aku... 
(kadang2 yang ini aku banyak lalaikan-sebab buku ini diwujudkan utk memastikan guru2 hadir ke perhimpunan rasmi utk keseluruhan. Bukannya time kumpulkan budak pagi2 pada hari biasa, guru pun kena tulis nama) Bengang tak? hehehe


Naper tak pakai kad yang ini..macam pekerja kontrak beratur jumpa bos/formen sain satu2 kat kotak kecik utk sahkan kehadiran..Lepas tu gaji potong kira jam..hahaha.


Anyway.. yang bagus untuk aku. Pada hujung minggu/cuti..aku dah tak bleh la tidur lewat sampai ke 10pagi mcm dulu2.. sebab otak dah set untuk bangun dlm 6pagi dah.. hehehe.. 


Buat geng setugas dgn aku yg baca blog ini.. jumpa besuk punchcard 6.55am ya..ini pun kira awal nih. hehehe.. 






Saturday, April 23, 2011

Bosan

Memang boring lah hari ni..sebab:
-tiada apa nak dibuat..
-Internet slow memang membantutkan
-berehat tidur dah cukup
-ada program di pantai pun main tenguk ja...
-ada gerai jualan pun teda apa nak dibeli...
-tiada tempat nak pegi lagi.. ada pun sorang2 ja.. 






Bikin kasi mood:
-macam nak bela kura2 kecil..senang jaga dan mudah kasi pindah& suruh org jaga..
-macam nak bela kucing, suka kucing..tapi kalau aku tiada..siapa kasi makan? takkan kerupuk saja..
-melayan fb :tenguk gambar2 member yg bikin pecah perut..
-besuk pegi pantai lagilah..tp tidak tau tentatif kul brp start.

Friday, April 15, 2011

Landing di laut China Selatan..

Menolak troli dengan 2 bag besar.. balik hujung minggu pun bawa beg besar. Sebaik tiketing lelaki menegur aku yang berlalu di kaunter di kaunter Goldennya tu. Aku ingat kaunter ko tu untuk Class tinggi.. Lelaki itu kelihatan muda, tinggi tampan... Ingat lagi dia kat aku.. Aku terlihat namanya tertera W..

W: melontarkan senyum kpd penumpang.. (Bila dia ingat2 balik) senyumannya bertukar senda tawa.. Hari ini tak MISS lagi flight ya..
L: Hari ni tak. Yang hari tu.. dapat juga naik kan... Äpesal flight DELAY.. asyik2 delay nih.. Masalah teknikal lagi ke?? Kalau ya pun..kami terjun landing ramai2 di Laut China Selatan...
W: Dengan gaya melatah tak menjadi dan cemas dengan persoalan aku..dia sebut "Nanti kamu..Laut China Selatan...kami utamakan keselamatan penumpang.."
L: Eleh.. Seat Business Class Penuh ke?
W: HAri ini seat business class full. Ramai yg nak beli ekonomi ttp habis, so kene beli kelas ni.
L: Ye ke?? Kalau tak penuh bleh la letak nama aku kat situ.. bleh kan?
W: Senyum sipu2 dan terdiam... dan dia pun tanya.. Cik kerja apa?Kerja di mana? Siapa belanja berlayar ni? Company bayar ke???
L: Ëh.. tak derlah.. beli sendiri lah... eleh nak sibuk pasal orang pulak.. aku ambil beg.. terus chau... ^___^

Tuesday, April 12, 2011

Debaran hidup mati aku akhirnya diketahui pd petang 6.30pm...

Terasa sakit membengkak di bahagian 'low stomach dan nasihat doktor kerajaan menyuruh aku membuat imbasan di klinik swasta petang semalam. Aku diberi 3 jenis ubatan dan dimakan lebih 20 hari. Genap hari ini jangka hayat kite hari ini 25 tahun, 5 bulan 5 hari... (2555)


Pagi di sekolah habis org2 aku tanya klinik mana yg boleh dibuat scanning.. Ada yang kata Klinik Permai scanning berwarna dan klinik Suria scanning biasa... Aku jawab bukannya nak tengok kepala baby pun nak scanning bercolour.. ^__^*


Petang 4.30 aku berada di klinik Suria, mendaftar dan kerani klinik menanyakan sama ada aku nak doktor lelaki ke perempuan yg merawat.. aku jawab doktor perempuanlah.. Then dorang suruh aku tunggu 5.30pm utk tunggu doktor perempuan tu datang. 


Sambil menungu masa 5.30pm aku pun merayau2 di sekitar klinik tu, sebab kali pertama menjejak kaki di tempat tu. 30 minit aku berada dalam kedai bunga Florist.. Memilih-milih bunga dan membeli sepasu bunga yang sungguh indah.. bunga Lavender.. I suka bunga lavender macam penenang.. tambah2 dengan perfume wangian lavender di rumah dan pejabat... sempat aku minta kelopak bunga ros.. Aku memang ketagih dengan bauan bunga ros.. sambil berjalan menyedut wangian kelopak bunga ros..mcm penghidu gam kangaroo.(klau org tengok aku melintas sambil menghidu mmg mcm org 'crazeh'!!)


Nama aku dipanggil sepenggal. mcm biasa, doktor tanya knp IC nombor lain... 
Bila baca report dia faham.. First Scan.. tak dapat dikesan..kene minum air sebotol dan tunggu 30 minit lagi. Bila keluar dari bilik tu.. debaran semakin kuat..entah apa yang dia kata "samar-samar"... 


mcm2 dlm fikiran..duihhh...Kalau  lah keputusan ada ketumbuhan ke ape.. cemas.. takut.. seram... terbayang2 di tempat bedah.. pisau bedah... dewan bedah menyeramkan... duih!!! paling seram dlm hidup aku bila membayangkan bende2 itu..


setelah minum 500ml air.. aku masuk semula... Bila discan semula... hala kiri..hala kanan...terasa sakitlah juga...
Akhirnya doktor kata "Nothing... normal!!" fuh...  Lega dan bersyukur.. Thanks god. kerana tiada apa2 yg serius berlaku dlm badan nih... Hanya tuhan je tahu hati yang terasa lapang ini..


Kesimpulannya... Kehidupan manusia yang kaya dengan berjuta-juta ringgit adalah tidak bererti. Hidup yang kaya itu hanya ada bila kita gembira. Gembiralah dengan kekayaan yang kita ada.  Kesihatan dan kegembiraan adalah lebih bernilai dalam hidup kita... Statement aku dengar oleh Jutawan Internet, Irfan Khairi di TV tadi.








Sunday, April 10, 2011

Satu hari bersama Maswings..

2.50pm terbang bersama Maswings, tetapi hari paling dasyhat saat itu bila kamu lewat ke kaunter Check In dan diberitahu tiketing Kaunter Close. Tidak dpt berbuat apa2 bila Tiketing tidak dpt melayan kamu saat2 akhir 20 minit masa berlepas..


-Detik cemas lagi bila kaunter MAS pun langsung tidak dpt membantu kerana tiada kaitan langsung dgn flight masa itu. Keluar balik menuju ke Tiketing kaunter.


-Medula Oblongata ada tindak balas utk SURVIVE dan merangsang otak membayangkan ada sesuatu kelemahan pada kaunter MAS!!!.. Aku menegur Tiketing bahawa status di paparan skrin masih menunjukkan BUKA/OPEN!!! hehehe


-Tiketing tidak banyak bercakap, dia meminta nombor tiket, nasib disimpan dlm hp buruk nih L3MDM... 3 minit melihat gelagat tiketing lelaki nmpk senior ni menaip2(mungkin memasukkan alasan mgapa passenger ini lambat checkin)


-Perasaan lega bila terdengar mesinnya mencetak tiket MAS tanpa berwarna itu dan diberi kpd ku. Bila ditanya luggage, dia mengelengkan kepala luggage tak dpt masuk. Dgn segera mcm Sonic aku menghantar luggage beroda aku sumbat dlm bonet kereta (nasib kereta berparkir di airport)


-Segera mengambil yg penting2 sj. Bekalan besar2 tak dpt dibawa, hanya coklet2 dan pakaian2 utk family jew dibawa... memang ringan. 


-Sangat cekap masuk ke terminal semula dengan mengambil jalan2 shortcut dan lift. Polis di kwsn scanner badan pun terpingga-pinga tengok gelagat aku, sorang2 jew masuk mcm lipas. Tidak ditahan.


-Pangilan utk masuk flight dah diumumkan awal2, tinggal 10 org jew utk masuk ke dlm flight.. aku berlari2 sambil OFF semua phone aku.


-Tengok tempat duduk 2F (terfikir...AIK!!??? depannya tempat duduk aku?? Kelas C. First Kelas tu.. :)


-Bila org2 menghalang aku di depan time letak luggage, stewardess tanya (Seat mana cik?) i jawab 2F, then dia attentionkan org2 depan aku.. "Encik2 sila beri laluan kepada penumpang di belakang"
. :) mcm VIP weh..haha


-Dlm keadaan berpeluh2 nih dan tak dpt menerima aku dpt seat depan.. Dilayan cukup bagus dan aku tertanya2 boleh ke aku makan makanan yg disediakan stewardess ni nanti? Dari menu Bun Loaf with Bilis, u want tea or coffee. Then siap suggest bread with chicken n egg lagi.. Minum pun suggest dari Coke, Pepsi, Revive, 7 Up, Jus guava, orange... i ambik jew Coke. Anyway, rupanya begini rasanya duk kat depan ni yek.. mcm nak jugalah beli seat Business Class nih.. haha..


-Duduk lama dlm flight. Pelik jer sebab 25 minit dah duduk dalam tu dlm keadaan panas... 


-Tiba2 kapten berucap, minta maaf kerana terdapat masalah teknikal  elektronik dalam kapal.. Berdesir panas darah aku mendengar.. telinga nipis ni rasa kembang jew... Ape ke sejadah berlaku ke atas aku tadi? Petanda ape ni? Mmg penerbangan ni bermasalah, sampai Steward panggil kita utk mengangkat barang dan keluar dari flight. Semua penumpang mengeluh. LDengar rintihan penumpang, tak sampai 3 minit kapten suruh penumpang duduk balik kerana engineering dalam ondaway datang nak baiki kapal... *__* 


-Kedengaran ada seorang budak berbahasa iban di blkg aku, Dia sempat membuka hp irama bunyi NOKIA nya itu, merungut dalam hp yang dia ada bw botol... balut dgn "tawel"(towel la tu), telah pecah dan begnya basah... sungguh pekat ibannya dicampur2 dgn situasi cemasnya tu.. lucu.. dia menelefon semasa flight delay.


-Sebaik keluar masuk engineer kapal.. akhirnya kapal kami dapat dihidupkan.. Rasa gerun juga bila time nak berlepas semua material2 sekitar tempat aku duduk bergetar2 berbunyi(ada something tak kukuh atas kepala aku)..


-Rasa gerun aku pun hilang bila stewardess bernama Marie Anne sangat tenang melayan penumpang. Keadaan kesulitan tadi telah melupakan aku. Tak tahulah mcm mana feeling penumpang2 di belakang sana.. :)
3 orang penumpang Business Class aku dihidang lain dari 2 org sebelah aku... Dia menghidangkan: 






OK.. siap upload gambar.. masa dah tunjuk 1025 malam.. Baru jew beli tiket balik minggu depan.. Gila..hehehe. RM19x2(return ticket) tanpa berfikir terus klik beli.. last2 senyum2 bila lihat status tiket CONGRATULATIONS...Balik lagi minggu depan... yeahhh... 


(nak cuba lewat2 masuk kaunter??? Gila deh!!)