Monday, March 21, 2011

Tong Biru

Hari ini hari pertama sekolah lepas berhari-hari cuti..memang liatlah nak gerak..lebih2 lagi pagi2 melihat beberapa pljar yg sudah digantung kembali semula menunjuk muka.. Memang tegang saluran darah tengok dorang.. kasi tension jew. Tapi ada yg melambai2 kat dorang nih sebab tak dibenarkan berada dalam sekolah selepas digantung. Kene bw parents la dtg utk perjanjian… lega rasa..hehehe

Pertukaran kelas telah dibuat antara pelajar2 yang terlibat. Aku menarik nafas lega juga sebab jadual agak longgar sikit daripada tahun sebelumnya. Inilah ruang dan masa untuk aku mengambil kesempatan membuat kerja yang tak siap-siap terutamanya inventori. Buku Bahasa Inggeris lebih 300 buku, aku ikat dan bawa ke library. Dalam 50 minit aku berjaya mencatat 2 bundle..  Besok ada 2 bundle lagi harap boleh siapkan juga. Lepas dapatkan nombor perolehan dari perpustakaan, kita kene rekod lagi dalam inventori PPKI dan disertakan tandatangan PEGAWAI YANG BERTANGGUNGJAWAB.

Untuk Inventori aku bertanggungjawab menjaga peralatan Muzik dan Bahasa Inggeris.

Bila masa balik, kelopak mata menarik nak bawa ku pulang. Tapi Perut pula memulas paksa nak turun bandar utk diisi... Aku pun pegi bandar isi minyak keta.. pastu makan dengan geng aku Nurita..hehe..

Sebaik jam 6, aku pun pergi bjumpa En. Haris bawa 4 ekor binatang aku. Balik jew terus kasi mandi semua. Takut virus/bakteria dari Pet Hotel masuk ke dalam rumah. Puas aku gosok2 kaki dorang dengan shampoo..Lepas mandi, lega sangat sebab semua kerja dah settle...

Mata akan memandang kuyu pada tong biru ini bila bekalan air putus.
tapi apa yang dasyhatnya... satu tong biru dalam 3000 galon air kot dalam tandas tu.. habis jew.. Saat-saat akhir nak tutup paip kedengaran air kehabisan hingga ke hujung paip. Petang tadi ada air.. balik tak perasan pula bekalan air putus sekejap.. 4 ekor dengan aku sekali tak cukup untuk satu tong besar tu.. tapi time bagi mandi  sekor2 air tak tutup. Memang aku cuci dorang ni sebersih-bersihnya lah.. 

*sekarang air masuk lebih 15 minit untuk penuhkan tong tu balik.

4 ekor keluarga Ping Ping sudah siap mandi.. wangi.... dan bling bling *_* hehe.


Wednesday, March 16, 2011

Cuti berhabis ii

Lukisan pertama aku (16 March 2011)

Hari ni kluar ke bandar dalam pukul 2pm. Tak tahu nak pergi ke mana.. Bila teringatkan Think In motion, aku pun melihat2 apa yang nak dibeli. Nak cari aktiviti apa nak diisi time cuti, aku terfikir.. melukis.. nah lama suda aku meningalkan berus, bancho, kertas lukisan. sejak tingkatan 5 dulu2.. Tapi kali ini aku nak guna Skecth book je. Keluar dari Think In motion, aku membeli:
-3 pen gel yang murah tu(teringat aku kwn cegu2 dan student yg bpesan beli dr i),
- clip board harga RM3 je..aku ingat lebih RM6,
- warna poster(bukan Bancho, beli jer apa yang nampak).. dan
-1 berus RM 1.5(Sticker hijau dilekat pada berus "SUITABLE FOR MUSLIM), nah baru aku percaya
berus yang warna putih kekuningan itu mesti dari bulu Babsss..hehehe

Balik jer rumah, aku terus melukis2.. mula2 lukisan ni aku lakar dengan pen gel hitam, ada bunga2, ada arnab melompat2 dan jeti.. bila siap sapu jew hijau tu rumput tu.. tiada berus yang sesuai untuk aku warnakan bunga dan binatang. Jadi kira tak siap la lukisan ni...

Melukis ni adalah satu terapi murah yang sangat bagus... fuhh... seronok bila sudah siap, tak kisah la buruknya lukisan tu, janji aktiviti riadah dan meluahkan tenaga positif ini berjaya. Siap jer lukisan ni mula lah pe'el show off kat adik2 aku...

"cantik tak lukisan aku?" apa lagi dorang semua puji pun.. huahaha...
Siap lukisan nih.. Rendang ayam pun siap di dapur... Dasyat kan sambil melukis di ruang tamu.. api dapur mengelegakkan rendang dalam periuk.. huahaha..tak baik nih..nanti hangus ayam sekor tu.. Ada family ramai2 dlm rumah tak apa la.. bleh sama berjaga-jaga... :P


  


Tuesday, March 15, 2011

Hari Pertama.. The Secret...

Hari pertama untuk bercuti maksud saya. Bila bangun pagi rasa tenang jew.. Inilah ketenangan, kesenangan @ rehat yang dicari2. Rasa bersyukur kerana masa ini juga jalan raya penuh dengan kereta yang bergegas pergi ke tempat kerja. dan aku dirumah duduk2 dan berfikir apa yang nak dibuat.. hehehe. Tapi apa yang kita miliki sekarang kadang2 membuatkan kita ni lalai. Masih tidak puas lagi dengan apa yang telah dimiliki. Walhal orang lain berebut2 mencari kesempatan sebegini.. 


Sebagai perangsang hidup, motivasi dan ilmu sangat penting. Malas nak cerita panjang, saya boleh rekemenkan satu judul video yang sangat bermanfaat kepada semua manusia2 di muka bumi. lepas ni korang bleh lah buka..mungkin ada di You Tube. "The Secret". Satu paparan video lebih 1 jam untuk panduan kita. Mengikut pengalaman saya yang mungkin tidak seberapa bagi yang telah ' makan berguni garam' tu, video ni adalah panduan untuk mereka yang mempunyai matlamat, kehendak dan 'hidup tak pernah senang' walaupun dah senang. 


Hidup manusia zaman sekarang sudah tentu inginkan sesuatu relationship(lovae), pasangan, duit/harta/kaya, cita-cita, kereta mewah dll. Semuanya terungkai dalam "The Secret". Pandangan2 dan pendapat orang2 Eropah digabungkan yang terdiri daripada penulis2 buku mcm Chicken Soup, Philosopher, Visionary,  Metaphysician,  Physician, Pelabur Saham, Guru dan byk lagi. Kata kunci yang penting yang mereka lontarkan  "Apa yang telah anda fikir dan rasa hari ini adalah penentu kepada masa depan..(Whatever you're thinking and feeling today is creating your future) ", "Anda mengerakkan persekitaran", 


Satu rahsia/babak yang diungkapkan iaitu "What this power is, i cannot say, All i know is that exists". Bila dah tengok video ini baru bleh faham. Susah aku nak crita sini.. sajer kasi promote.hehehe..(malas sebenarnya..) Kita baru juga view brp harga CD nya.. bleh tahan juga harganya.. $40 dollar tu..








in this audiobook you will discover The Secret . . . and you will learn how to have, do, or be anything you want. You will learn how to use The Secret in every single area of your life. You will hear from modern-day teachers -- men and women who have used The Secret to achieve health, prosperity, relationships and happiness. They share their incredible stories of using The Secret to eradicate disease, acquire massive wealth, overcome obstacles, and achieve what many would regard as impossible. Through them, you will begin to understand the hidden, untapped power that is within you, and the true magnificence that awaits you in life.


Rasa janggal lah juga bila hari ini aku pergi ke Pasaraya Parkson, sunyi jer dan nak cari parking pun senang. Sebab time orang bekerja kan. :) Berhabislah aku shoping.. naik turun,,masuk kiri kanan.. pegang2 ipad.. Aku fikir ape ke kelebihan benda ni yg diidam-idam oleh org2 skrg.. (cett...takda guna bende nih bagi aku-takda faedah langsung). Kalau  kosong RM1199, yg wireless 3G RM1500.. Bagi aku murah la.. tapi menyemak jew sebab benda ni bukan perlu sangat nak digunakan... Nak buka PowerPoint kene beli lagi sofware, kena bayar, nak bertaip masuk USB kena beli lagi.. kalau dah duduk dgn Apple baru bleh pakai laa.. Setakat aku ni pemakai window XP duk biasa2.. Kalau dah betul2 jadi Apple nanti pun mana bleh link ngan labtop kwn sebelah... So, menyusahkan je..baik tak yah.. Tapi hari ni aku beli byk brg utk adik aku.. kasi surprise.. adala habis dekat RM4xx... :) Ini baru puas..kita bahagiakan orang lain.. 


Jadi.. apa yang penting... janji bahagia...  Berbalik dengan "The Secret"  tadi. sebagai pengubat jiwa, sakit sendi otot boleh la sekali sakala layan kata2 motivator kan... 


Sekian utk hari ini... Berita dari Kaki Chicken Sup. 

Sunday, March 13, 2011

Berhabis cuti..

Hari ni bangun awal. Dah rutin.. lepas online, pikir2 juga apa aktiviti nak buat hari ni. Tengok peti ais.. haa.. sesuai untuk aktiviti steamboat. Pergi jew kawasan Supermarket beli barang tambahan sikit..Ada lah terserempak dgn org2 ex-skul dulu..tak bleh lupa apa dia buat time kat skul dulu..apa kata orang..Buat baik berpada-pada,buat jahat jangan sekali.. Tak apalah kan..Pikir positif, Sekolah kan tempat untuk menunjukkan tingkah laku, mengubah tingkah laku dan tempat berhubung... 

Jam 2pm, Acara makan beramai2 di ruang tamu.. Tiada pula gambar nak diambik sebab aku rasa aktv ni besa2 jew.. Makanan terhidang, udang bertumis, Kerang rebus, Sayur mix cendawan, Ayam goreng tauhu merah, Aneka bahan dalam periuk steamboat. Orang kata steamboat ni lagi sedap guna arang.. jauh lagi sedap berbanding dengan steamboat elektrik atau dapur gaas.. bagi aku sama ja pun.. Seperti biasalah kalau bab di meja makan, hidangan dan selera aku adalah makakan cina. Kadang bercampurlah juga, ada juga sambal bertumbuk untuk cecah kerang tu dihidang.. seronokkan..Kalau duk rumah org cina, mana dorang makan benda gitu. hehehe..
Menjelang malamnya pula.. terjerit2 aku..Entah satu TAMAN DENGAR SUARA AKU. adalah satu nombor aku beli keluar dapat 1st prize..sekali tengok bukan tempt yang aku beli.. itulaa.... rasa geram, sakit hari... panas darah terasa mengalir dalam badan..geramm tul.. kalau tak malam ni aku dapat RM7500!!!.(RM3). Nombor ni dalam setahun kekerapan aku beli tak sampai 30 kali.. jarang aku beli sebenarnya, ikut mood..No ni byk kenanganya..aku pernah kena time hari aku konvokesyen tahun 2009 dulu, lepas tu pernah kena time aku tingkatan 4 dan tersilap tulis 2 kali..jadi 2 kali ganda aku kene..huuu.. dan no ni aku pernah terserempak time nak naik Bukit ke Casino Genting(kereta Frontier.. balik beli..kene keesokkannya.. nahh... Tapi hari ini, cuma silap tempat jew.. hieee... Nombor ni 9942 keluar dalam Sportstoto. hari ni.aku beli pula kat Cashsweep(Sarawak) bongong lah..TERSILAP MASUK TEMPAT punya pasal..Kalau tak.. besok aku makan besar lagi kat restaurant... haha.. tak apa.. tapi yang aku perasan, kalau musim cuti, musim aku di kampung.. ada2 je yang kena... Tapi tak apa lah..ada lagi hari lain.. kot2 kene Jackpot... huahaha.. kalau tunggu Rabu ni..masuk 40 Juta tu..kalau kene.. haha.. banyak angan2 nih..tak dapat nak cakap.. hahah..
oklah.. nak masuk tidur nih... geramnya malam ni.. Tak apa..hari ini bukan rezeki aku.. esok2 adalah tu..




Friday, March 11, 2011

dalam belon.. pulai

Dui nah..sekian lama menanti masa ni, bermula lah idea2 dlm kepala otak untuk memenuhkan ruang blog. Aku tak kisah blog aku tak berpenghuni.. takda orang follow, janji nikmat untuk publish apa2 saja boleh membuatkan aku puas.. Tak kira, kawan ke, sahabat handai, kawan lama, musuh aku ke.. orang yang di’admire ke? Huahaha..tak kisah lah..korang baca blog ni.. blog ini lebih banyak mendedahkan tentang emosi dan perkembangan hidup aku..
Aku ni jenis cepat boring juga, dlm senarai blog tu bukan hanya satu jew.. bila dah rasa bosan dan sesak aku buka lagi blog yang baru. Biasalah.. buat koleksi gitu bertukar2 macam buku diary. Setiap tahun bertukar. Hehe.

            Duiiii lah… sekarang ni sebenarnya aku dalam flight… baru jew steward singgah kat tepi aku melihat aku sejenak sama ada nak angkat ke tak kotak milo yang aku sedang minum nih..aku geleng kepala kata.. “jangan ambik milo kotak aku..” Perangai budak2 masih sebati lagi dalam diri ini.. memang budak2 lah..

Bila sebut jew perkataan budak2. hari ini hari terakhir persekolahan. Perangai bukan mainlah melayan budak2.. sebab malas sangat nak memikirkan hal berat2..aku pun layan lah dok budak2 kite nih.. sebab aku terasa ada sebilangan pelajar ni agak jauh sempadannya dgn aku. Jadi pada hari ini, inilah peluang mereka melihat aku berceloteh seaakan-akan berbual dengan rakan mereka. Yelah dah cuti seminggu nanti mesti aku kerinduan ngan budak2 ni. Tapi bila dah balik ke pulau ni nanti.. keberatan bukan main nak masuk dalam flight ni.

            Bersambung balik dengan keadaan aku disini... duiiii gila… kenapa lah byk2 steward ni hensem gila…  sgt susah aku nak toleh ke cermin kalau dorang2 ni lalu..setiap gerak geri dorang mesti pandang...Lagila suka kalau dorang berdiri sebentar di area aku duduk.  gila.. hahaha.. tapi yang kali ni memang hensem giler lah..kot2 umurnya sebaya kot... or lebih muda.. eish.. ”tak mungkin..tak mungkin...”  :P

            Sebelum aku masuk flight ni, memang agak janggal lah juga bila time masuk boarding kene keluarkan tiket bersama ic atau pasport.. dulu tak pula macam ni. Ohh ya..sekali sekala aku nak lah share sedikit tips ringan yang bodo2 dgn korang ni time berada dalam pesawat.. tapi mungkin sangat2 berguna untuk orang yang tidak tahu.. Berkenaan dengan kesakitan pada telinga.. tekanan pada sisi rahang pipi kalian.. Dah banyak kali naik belon konon..dari kecik..macam2 experimen aku untuk mengurangkan kesakitan akibat tekanan dlm pesawat nih..

Langkah2 untuk mengurangkan atau menghilangkan..haaa.. hilangkan kesakitan tekanan dalam telinga semasa menaiki pesawat adalah.. cara pertama, tegakkan badan tarik nafas.. kembang kecut dada tu kasi sedut udara. Kemudian tarik nafas dalam-dalam sambil pejamkan mata.. ini untuk menambah oksigen dalam otak..semasa menarik nafas dalam2 tadi buat seakan-akan menguap..pejamkan mata dan sedut udara dengan mulut(mcm menguap) dengan rahang hidung+lelangit ditekan keatas manakala rahang mulut dibuka seluasnya.. berulang2-3 kali. Sekiranya anda berjaya menguap.. tekanan pada telinga itu pun..hilang.. Terus jew kamu boleh mendengar bunyi sebenar di dalam pesawat ni. Bagi yang expert/mahir macam saya, i tak payah menguap. I akan menyedut udara dalam2 dan membuka rahang pipi tu..tetapi dengan mulut yang tertutup.. haa..seronokkan... hehe.. kaedah ini bleh juga dipraktikkan di rumah sebelum nak naik flight tu.. hehe..

Sebenarnya seat aku duduk di sebelah kanan..aku tengok budak lelaki ler dgn iphone nyer tu. Dgn barang byk nih, aku batal niat duduk dgn dia sebab bawah seat dia dah ada brg dah. Aku pun pi duduk seat sebelah kiri... Dah masukkan beg bwh kerusi depan, tercunggap2 lah, bukan main berat beg tu.. 6kg lebih tu.. (syarat tak bleh 5kg). Bbrp minit aku duduk.. lelaki berotot besar penuh bertatu terus duduk kat sebelah aku... duiii kakinya pjg ba mmg sempit la kerusi tu..aku pun nah.. cam myesal la.. Aku pun panggil Steward utk tulung keluarkan beg aku bawah seat utk pindah ke belakang flight, tp tak jadi. "oh, paper beg tak apa"katanya.. pas tu lelaki tu jawab "tidak apa..tidak apa..." ... aku pun berdiam mengetap bibir...

Nah.. padamkan alat elektronik katanya.. 40 minit dlm penerbangan ni.. pendek jew.. ada lagi idea nak dikongsikan tapi.. kena tutup lah juga..

Bila buka balik labtop.. berbalik dengan Imigresen tadi.. Bila aku menyerahkan IC sahaja, pegawai pun bertanya. Kamu lahir mana? Mak Bapa kamu orang mana? Memang was2 diorang dengan status IC aku. Sengaja aku tak keluarkan passport, nak try sama ada status aku ada dlm sistem ke ape2. Rupanya tidak juga dpt kesan. Entahla.. So, jgn hairan la..aku kluar masuk Imigresen pi sebelah pulau jew pun nak perlu passport.. Mengada betul la kan..

Balik jer.. terus pi Shanghai restaurant.. Nak sasarkn 15 item konon.. jadi hari pertama aku Berjaya mengisi 3 daripada 15 item makanan yang jarang dimakan dan sejenis makanan berat-sederhana.haha.. Menunya.. Ayam goreng berkepilkan keladi bersama sos special, kerang(mcm biasalah..) dan home made tauhu buatan Shang Hai restaurant.. Bagi aku restaurant ni ada pelbagai menu baru dalam Miri ni, tetapi sedap dan presentation makanannya kurang… aku letak 2 Bintang jew ** untuk Restaurant Shang Hai Miri..

Okla.. nak tidur dah… terawang2 dengan org dlm belon tadi??? Hahaha…nite.

 Glosari:
Belon - pesawat/kapal terbang
Pulai - pulang

Wednesday, March 9, 2011

Tak boleh sabar...

Hari ini sangat penat laa.. dengan jadual waktu yang hanya free 2 masa saja..semua full. then sambung lagi dengan Aktiviti Kokurikulumnya..sampai 2.30 petang. Lepas tu ada juga perhimpunan guru di stage tu. Tapi itu aku tak sempat nak ikut. 
 Cuacanya yang panas memang meletihkan..tambah2 lagi dengan allergy, melekitnya dan pedihla rasa.. hiee... sengsara.. Tapi belum sampai tahap aku merungut la dgn geng2 lain pasal petembungan jadual full dgn hari ko tu.. setakat ini boleh handle lah lagi.

Adalah 2 org kawan bgtau aku tadi..gunakan Sabun dr Pharmacy, jenama Seba Med.. nanti la aku try. Yela aku dah jenguh juga try body wash utk allergy ni.. mcm2 wangian. kbykkn bau2 helba.

Dalam perjalanan pulang..tiada topik disebut2.. cuti..cuti..cuti.. Minggu akhir ini memang terasa lambat sangat2 masa berlalu. Yelah kalau ditunggu hari Jumaat tu terasa lambat pula masa ni berlalu.. heiz....Dalam situasi yang sedang menanti ini. Mcm2 difikirkan aku. Sehingga dalam mind set target lagi bila sudah pulang kampung..nah..apa yang tersenarai dalam kepala aku nih.

  1. Settle Laporan Data Untuk Januari dan March. Tugas baru ini baru diturunkan 2 minggu lepas. jadi waktu cuti kene settle lah. Aku benci lah juga nak buat benda yang tak tau mcmana keadaanya tu. Malah tak pernah tgok bende ni wujud..
  2.  Gila2 aku nak makan 15 jenis hidangan yang special.. Nanti cuti tengukla apa makanan yang aku makan dalam cuti ni. Betul2 gila la ni...kategori makanan sederhana-berat..haha (duih lapar suda ni) epas tu aku kumpul dlm FB..aku post..hahaha.. Program Gain Weigh dah ni..
  3. Kasi usaha perusahaan perladangan cewah.. oil palm Sdn Bhd kunun. Mulai mengatur myusun dan membeli apa2 yg patut dan kurang. Mcm tangki, kain canvas/ jaring, kete sorong, baja dl
Hari ini tidak jenguh2 sorg pelajar tanya aku.. "cegu, kampung cegu dimana? ntah 2-3 kali dia tanya..." then merenung lagi kat aku.. aku pun jawab..."weh ko jgn renung2 cegu..nanti jatuh cinta.. huahahah.."pjar pun jawab.. tiada saja nak tau cegu dari mana... huih... ada instinct nak tahu hal aku.. yela.. mungkin layanan kat plajar mcm kwn, p&p ok, kuat lagi bercerita2.. seronok pjar ni dgn aku.. itula mungkin dia nak tahu aku sebenarnya.. kot2 lah... (si Irfan ba ni..) hahaha..Setiap kali  masuk jew kelas dia.. ingat sangat nak tau background aku.. :D

Pesanan pelajar2 kat aku.. yang tak sabar2 juga menunggu aku bercuti.. diorang pesanlah... Cegu..janji cegu.. diorang nak kirim CD lagu, CD PS2 game Super Sonic.. dan ada sorg pjar yg kesian..minta aku kirimkan seluar panjang utk saiz dia.. herm..kesiannya kan.. besalah Labuan ni tiada Choice.. CHOICE adala..Restaurant CHOICE.. hahaha.

Sebelum aku Menghabiskan hari2 minggu ini sebelum bercuti..aku kena buat...: Untuk hari Khamis besok
1) Aku kena melalui Observe dalam subjek PTM.
1)Post borang keselamatan... gila aku terlupa... sandi la.. habisla kalau tidak lulus.
2)Facial di Dermalogi... temujanji kul 3pm
3)Last, malam nya hantar Ping Ping ke Pet Hotel... :( keberatan sgt nak tinggalkan dia masa sakit2 ini.. kesiannnn..
4)Membeli barang2 suka-suki.... coklat... drinks... dan cigerate...wajib ni dibawa.. utk org2 suka mgirim.
5)lagi.... ape yek? haaa.... print iternery ticket MAS.. Waa.. besuk full lah kerja aku... XP

oklah..nak berehat nih...petang sudah..kasi makan Ruru and the sons.. Ping Ping sentiasa ditreat First Class..dlm bilik... makanan minum toilet tranning nya semua disini..tu dia..suka tidur bawah meja mekup ..sejuk2 gitu...

okeh2 guyz... aku nak zzzzZZZZ tidur..tapi lapar...dan sebenarnya apa yg aku lupa..buat2 lupa..badan tak sihat..selsema, sakit tekak dan nak demam..tapi buat tak tau..lg baik..nanti otak set aku 'SAKIT'.. 
jgnlaa sakit time cuti..hehehe..


Monday, March 7, 2011

Meluahkan perasaan... sob..sob....

Sebelum aku masuk tidur.. rasa kurang enak juga bile dipendam perasaan ni. Banyak benda berlaku hari ini. 
Nasib baiklah pagi2 tadi jadual waktu lompang, perasaan pilu aku tak bleh tahan membiarkan Ping Ping keseorang di rumah menahan kesakitan kakinya. Sebelum ni.. ada aku post di FB wall: 
1)Saturday 9.08pm: Hari ini aku sakit jantung sampai terjatuh makanan di mangkuk...tenguk PING PING MENJERIT KUAT SANGAT2 MACAM MONYET!!!! ARGHHHHH SERAM!!!
2)Sunday: Dalam laman FB wall Rabbit Lovers @Pencinta Arnab: Salam.. nak tanya. Kira emergency dah ni.. Semalam arnab aku menjerit kuat sgt mcm monyet... kali pertama mdgr.aku ingat stress ke ape..dah cek badan semua ok. Hari ini aku bg mkn berdiri..tgok dia tak dpt bdiri..dan bila blari kaki kiri belakang terhencut2.. Bila dipegang bengkak sikit... :( knp ni blaku? esok kena bw vet, takut vet ...tak tau pla... :C
Ping Ping telah dirawat oleh Dr. Ahmad tadi. Ketua Klinik Veteriner. Puas berbincang2 dengan doktor aku pula yang putuskan apa jenis suntikkan. Suntikan Antibiotik ada, Multivitamin pun ada. Mula2 aku cadang x-ray..then aku suggest cuba cari suntiikan yang kurangkan bengkak dan sakitnya..-dan aku ada juga cadangkan penyokong pada kakinya.(doktor jawab tak bleh buat sokongan pd yg terseliuh sebab nanti bengkak dan urat nya rosak)

-tapi tadi aku terlupa sangat suruh doktor tu memeriksa suhu badannya..Mana tau dia demam.
Akhirnya, doktor memberi suntikan jenis Dexason iaitu jenis mengurangkan bengkak dan Pain killer. 
Lega dah hati bila dah disuntik. Tapi agak bimbang juga apa kesannya suntikkan ni 
pada Ping Ping. Sebab aku tak mahu juga Arnab ini dijadikan sbgai bahan ujian..atau tikus makmal konon.
Sebab arnab ni lain sikit dari kucing dan anjing. 

Doktor tadi juga diberitahu umur Ping Ping. Dia pun bagitau.. "weh arnab kamu sudah berumur 40 tahun". Then i kata.. Janganla.. berilah dia peluang untuk hidup bersama aku 8 tahun lagi kah...pilu aku ni sebenarnya..Mcm2 masalah yang pernah dihadapi.. penyakit kuku bengkak lah, kelemumur, koyak di pembiakan kulitnya. Arnab ini boleh hidup lebih 8 hingga 12 tahun yek.macam kucing juga... 

Pejam celik mmg cepat sgt masa berlalu, dan Ping Ping ini la yang menemani aku dimana berada..Sehinggalah dia berhasil memberikan keturunannya.Sekurang2 ada juga kenangan aku bersama anak-anaknya. Atau ada sisa-sisa kenangan dan bakanya yang baik diturunkan kepada aku..huhu..

Malam2 sejuk ni sengaja aku kasi sejuk bilik ini. 23'รง Dry mood-sejuk tu.. supaya Ping Ping lebih tenang. Hari ini dia cuba keluar dengan terencot2 masuk ke bilik aku utk mdptkn kesejukkn. Ping2 ni suka sejuk.. Aku pun angkat Toilet Trainning berwarna pink, mangkuk makananya, 2 batang kangkong dan air yg dibancuh glukosa(utk tenaganya dan buang panas badannya.)..

Dalam pemerhatian, Ping Ping hari ini nampak lesu, penat dan cepat letih. Cara dia tidur pun pelik sebab kedua2 kakinya di bawa baring dan terangkat.. Apa lagi..aku usap2 kepalanya supaya lebih tenang,. Harap2 la suntikkan tadi boleh mengurangkan kesakitannya...

Harap2 Ping Ping sembuh... sob..sob.. Sembuhla cepat..engkaula penceria hidup aku.. Janganlah tinggal daku..  Mlm ni sungguh myentuh jiwa ku..dgn imbasan kenangan manis aku bsamanya...


Sunday, March 6, 2011

Aktiviti hujung minggu... 6 Mac


Hujung minggu ni memang best berehat di rumah jew... Apa lagi rancangan tv, blog dan fb jadi santapan.. Tak mkn nasi pon tak kisah..haha..



Petang ni sronok dpt tgok rancangan 107 ttg pemilik kucing Bengala.. entah brp harganya tu.. terus jew tgok laman webnya... http://www.kittunkatz.com/ Memang seronoklah memiliki binatang2 yang exotic dan unik sebegini. Memang cemburu juga la..Minat utk memelihara kucing memang ada.. cuma perlu ada tempat sesuai dan kemudahan yang cukup. Kita tidak mahu kebajikan kucing2 ini terabai sebab bila memiliki binatang ni kita tak boleh hangat2 tahi ayam jew. Byk pengalaman2 yg aku temui, mula2 kucing tu disayanglah. Lama2 ada yg sangup pergi Vet suntik kasi mati jew.. kan kejam tuh.. Dalam masa yang sama, bila kita dah berkecimpung dlm bidang ni sekali gus kita boleh buat peniagaan terus. Boleh juga suply makanan, kebajikan, nasihat dan buka tempat pelawat.. kan dah ada income tu...

Habis jew rancangan ni, memang cemburu la tgok ada binatang2 yg best tu.. Tapi bila keluar je dari bilik.. aku pun masih berasa bertuah sebab ada juga binatang2 di dalam rumah aku.. yang masih menemani aku.. apa lagi main2 la dengan 4 ekor binatang ni yang comel sgt..Bersihkan kandangnya.. mop lantai di sekitar dengan dettol dan cek kaki2 dan badan durang kot2 ada penyakit ke ape..

dalam 4 ekor arnab ini, aku berjaya memiliki 4 spesis jenis arnab.. Spesis Australia, Netherland Mix Lion Head, Anggora Lion Head dan sekor lagi Chincilia+Australia... huuuw.... 


Semalam adalah juga pelangan yang bertanya sama ada aku masih jual ke tak haiwan2 ni, aku kata dah ada orang booking.. Jadi sekarang aku dah kawinkan induknya..dalam sebulan dua bleh la dapat lagi cucu.hehe.. Masih ingat lagi aku dengan rakan sekerja aku menasihatkan aku untuk menjual lebih tinggi harganya. Yela.. aku dah kata susunya sati tin kecil dah RM38. Jual la mahal lagi.. Rugi.. hehe. Apa lagi, kalau produktif dan berkualiti bakanya, aku pun up la sikit harganya.. 

Dah ku 5pm nih dah la hari Ahad, aku nak kluar la jap.. nak pi bandar.. hehe...

Thursday, March 3, 2011

Bercampur baur dengan elemen sibuk..

Macam2 perasaan kite hari ni.. letih mix gembira.. mix sedih pun ada.. tengah taip2 ni pun buat marung2 muka..Labtop buruk aku ni pun terpaksa ja mengadap muka poyo ni..

Macam2 telah berlaku kebelakangan ini. Entah ape dah jadi.. Bukan nak pun dan bukan  juga dipinta. Bila bekerja dgn manusia ni..kite kena urus juga manusia2 nih.. dan bila urus manusia2 ni pun kena hati2 la juga.. sebab hati lain2 kan.bukannya bleh samakan apa yg kite jangka.. Jadi kali ni pandai2 la urus manusia2 di sekitar kita supaya yg lain2 nya tida lah melemparkan buruk sangka kat kite.

Kadang2 kite kena berhadapan dgn pelbagai ragam manusia ni juga. Inilah halangan utama kita dalam mengurus dan menjalani khidupan harian. Setiap watak berbeza2 memberi tekanan kita utk memikirkan mana baik buruk dalam memutuskan sebarang tindakan.. Nak ikut ke tak.terpulang lah.apa2 terjadi pun kita tempuh juga...

   Kerja2 aku yang masih belum diselesaikan dan dalam proses. Masih bertimbun-timbun lagi tu...
  1. Merekod buku Bahasa Inggeris dan Muzik ke borang inventori
  2. Laporan Data Bulan Februari kpd jabatan dan fail.
  3. Melengkapkan borang yg baru diterima semalam (Data mengenai pelajar Bmasalah Penglihatan)
  4. Dokumentasi Larian Kecergasan
  5. Kerja sampingan lain: Menulis data pada papan whiteboard baru di luar kelas (masih belum dapat bayangkan formatnya).
  6. Disiplin. Sistem Merit dan kad senarai hukuman merit.
  7. Guru Kelas baru: Hias kelas.. 
  8. Guru Renang: Cari bahan sesuai utk digunakan lagi pd Kokurikulum.
  9. Guru Bomba: Sama juga, mencari bahan utk digunakan utk perjumpaan seterusnya...
  10. dan lain2 yang penting dan tidak terfikir buat masa sekarang...
Kerja-kerja yang bertimbun ini telah memaksa aku untuk menyambung dan menyiapkan kerja2 pada hujung minggu iaitu pada Sabtu nanti aku berada di sekolah... -_-!   Harap-harap tiada kekangan atau halangan yang menganggu aku menyiapkan kerja2 ini semua...