Monday, February 14, 2011

Ruangan baru

Sama seperti penukaran pentadbiran dan pemimpin baru. Kadang2 kita perlu bertukar suasana untuk melahirkan motivasi @ semangat baru. Tahun 2011 menjelang, pejam celik dah masuk bulan 2. Mana-mana topik nak dimuatkan dlm blog yg lepas pun empty. Sesungguhnya agak kecewa kerana tiada kesempatan dan ruang masa untuk aku mencoret idea dan meluahkan rasa dalam laman begini. 

Segala idea, luahan, perasaan yang diperam sudah tentu memberi rasa
perit dalam diri. Terpulanglah pd individu itu bagaimana dia
mengalirkan perasaannya itu. Mujurlah akhir2 ni aku ada rakan 
yang boleh dikongsi perasaan dan pendapat sepanjang menempuh
dunia pekerjaan yg agak panas...


Telah lama bergelumang dengan dunia internet. Semenjak tingkatan 1 lagi, tahun 1996 saya telah berada dalam dunia alam maya ini. Tetapi perkhidmatan internet masih menimbulkan perasaan kecewa yang mendalam kerana masih lg siput,  dengan perkhidmatan internet seperti Broadband yang sangat lemah. Saya pernah cemburu dengan perkembangan teknologi yang cukup pantas di negara Singapura kerana saudara-mara ku dapat menembusi internet dengan cukup laju dan jauh melangkaui drp kita. Sampai aku pun tak tau nak buat apa berdepan dengan explorer yg pantas tu... masa tu 4G pun dimana2..

Kini bukan sahaja masalah internet siput, kekangan masa dan kerja yang memanjang 
membuatkan aku tidak terlintas utk blog. Apabila online, Fb jew mana nak sampai ke blogspot..

Jadi, dengan wujudnya blog baru dalam dashboard aku yang penuh ni, harap laman shinningpearl11 ni dapat dimanfaatkan dengan baik. Harapan untuk
mengumpul coretan sepanjang perjalanan hidup aku dalam tahun 2011 
adalah satu usaha memberi puas... Semoga menjadi kenyataan... :)



0 comments: