Monday, March 26, 2012

10 things a girl probably doesn't know about a guy

 

10 things a girl probably doesn't know about a guy :

1. Guys are more emotional then they think, if they loved them truly.

2. Guys may be flirting around all day but before they go to sleep, they always think about the girl they truly car...e about.
...
3. Guys go crazy over a girl's smile.

4. A guy who likes you wants to be the only guy you talk to.

5. Guys are more emotional than they'd like people to think.

6. Girls are guys' weaknesses.

7. If a guy tells you about his problems, he just needs someone to listen to him. You don't need to give advice.

8. When a guy asks you to leave him alone, he's just actually saying,"Please come and listen to me."

9. No guy can handle all his problems on his own. He's just too stubborn to admit it.

10. When a guy sacrifices his sleep and health just to be with you, he really likes you and wants to be with you as much as possible .. ♥

Share this to maximum number of people...

Monday, March 19, 2012

Updating our news. fuhh fuhhh

Waaa i can imagine that my blog pages very dusty..@__@ fuhh fuhh(blow)
its been so long i didnt post my new entry. Hehe. Anyway i wish to share my pet who have lots of fan. Hehe

Ping ping is still in the cage, he really know me how i treat him when sitting beside..Staring at the wall while his ear like an arial waiting my response. i will celebrate his birthday soon by counting in 5 years old.

"tahun depan hantar register pigi taska laa..."

Hahaha.. kehkehkeh.

I'm so proud with you even I'm happy or sick u keep waiting to stay longer with me...T___T

Friday, August 12, 2011

Andai Lelaki Tahu..


Ingin saya kongsikan artikel menarik ini yg dipetik dari laman notes dr facebook kwn2. "ändai lelaki tahu" sedutan berguna bagi kaum adam untuk mendalami dan mendekati insan bergelar wanita. Terdapat 13 kandungan untuk kita kongsikan sifat-sifat yg dimiliki wanita.  Kite percaya kandungan ni ditulis/disunting dari hati naluri seorang perempuan. 


Setiap kehidupan kita perlukan saling kepercayaan dan persefahaman. Bergantung juga dengan karekter individu yang kita kenali. Mungkin kandungan ini semua boleh membantu kalian. :) Secara jujurnya, inilah perasaan hati seorang perempuan yang sebenar... 


Andai lelaki tahu..Apabila seorang perempuan jatuh cinta, lelaki itu tidak semestinya punya segalanya tetapi lelaki itu adalah segalanya di hatinya.


Andai lelaki tahu..Apabila seorang perempuan itu mengalirkan air mata, itu bukan bermakna dia lemah, tetapi dia sedang mencari kekuatan untuk terus tabah menyintai lelaki itu.




Andai lelaki tahu..Apabila seorang perempuan marah, memang dia tidak mampu mengawal perasaannya tapi percayalah, itulah maknanya dia sangat mengambil berat dan menyayangi lelaki itu. Lihat saja pasangan yang baru bercinta, mereka jarang bergaduh. Tetapi percayalah semakin bertambah sayang mereka pada seseorang, semakin pula banyak pertelingkahan yang berlaku.


Andai lelaki tahu..Apabila perempuan bercakap banyak, dia tidak pernah bermaksud untuk membuat anda rimas, tapi dia mahu lelaki mengenalinya dengan lebih dekat.


Andai lelaki tahu..Apabila perempuan berkata dia mahu anda berubah, itu bukan bermakna dia tidak mahu menerima anda seadanya, tetapi dia mahu menjadikan anda lebih baik, bukan untuk dirinya, tetapi untuk masa depan anda.


Andai lelaki tahu..Apabila perempuan cemburu dan tidak percayakan anda, bukan bermakna dia tidak sayang..tetapi dia terlalu sayangkan anda dan masih mengangap anda anak kecil yang masih memerlukan sepenuh perhatian. Kadang2 dia terlalu risau sekiranya terlalu percaya, anda akan mengkhianati kepercayaan yang diberi. Naluri keibuannya sangat kuat. Dia hanya mahukan yang terbaik untuk anda.


Andai lelaki tahu..Apabila perempuan merajuk, jangan kata dia mengada-ngada. Dia bukannya mahu dipujuk dengan wang ringgit atau hadiah sedozen, tetapi cukup dengan perhatian yang boleh buat perempuan rasa dihargai.


Andai lelaki tahu..Apabila perempuan jarang mengatakan ‘i love u’, itu tidak bermaksud dia tidak menyintai tetapi dia mahu lelaki itu merasai sendiri cintanya, bukan hanya hadir dari kata-kata tetapi juga melalui bahasa tubuhnya.


Andai lelaki tahu..Apabila perempuan kata dia rindu sama kamu, dia benar-benar maksudkannya. Apabila berjauhan, bayanganmu akan sentiasa bermain di mata.


Andai lelaki tahu..Apabila perempuan kata lelaki lain itu lebih baik dari kamu, jangan percaya kata-katanya kerana dia hanya mahu menguji kamu. Dia mahu melihat sejauh mana kamu sanggup menjadi yang terbaik di matanya. Walaupun sebenarnya memang kamulah yang terbaik di hatinya. Selagi dia dengan kamu, percayalah, walaupun perempuan menganggap masih ramai lagi yang lebih baik di matanya tetapi di hatinya, kamu tetap yang terbaik.


Andai lelaki tahu..Apabila perempuan menjadi degil, dia bukan bermaksud untuk menjadi degil tapi dia mahu melihat sejauh mana lelaki itu mampu bersabar dengan kerenahnya. Percayalah, hati perempuan itu sangat lembut. Andai kena caranya, jangan terkejut kalau akhirnya dia menukar fikirannya dalam masa sesaat.


Andai lelaki tahu..Apabila perempuan berkata, “tolong tinggalkan saya!”, dia tidak bermaksud menyuruh anda pergi selamanya. Dia hanya mahu menenangkan fikirannya sebentar saja. Apabila dia kembali tenang, percayalah dia akan mencari anda semula. Itu tandanya dia benar-benar menyintai anda. Perempuan sukar untuk mengawal perasaan. Dia terlalu emosional. Tapi dialah yang paling menyayangi anda dan sangat sensitif dengan perubahan pada diri anda.


Andai lelaki tahu..Sememangnya Allah menciptakan lelaki dan perempuan itu dengan perbezaan yang tersendiri. Tetapi sekiranya mereka saling memahami, mereka akan saling melengkapi dan menyempurnakan . Perempuan itu diciptakan oleh Allah indah sekali. Di sebalik air matanya, tersimpan seribu satu kekuatan yang bakal menjadikan seorang lelaki itu merasa selamat bersamanya. Biarpun zahirnya perempuan itu tampak lemah tapi dia punya kekuatan tersendiri yang bisa menggoncang dunia dan mungkin bisa pula membuat lelaki menjadi lemah kerananya. Jadi hargailah kehadiran seorang perempuan dalam hidup anda kerana dia didatangkan bukan dengan kelemahan sahaja tetapi dia juga ada kekuatan untuk menyongkong anda dan membuatkan hidup anda lebih sempurna. Dialah yang bakal menjadi perempuan bekerjaya, isteri juga ibu yang terbaik untuk anak2 anda.




 -kita kongsi bersama-



Thursday, August 11, 2011

Luahan hati..

Mana nak dialaskan hati apabila dalam keadaan panas sedang merindui sesorang...
Kata-kata dan luahan tidak mampu membayangkan suasana dan ruang di hati seseorang. Apatah lagi bila menanggung seksa dan cabaran
Terharu dan terima kasih buat kawan-kawan yang caring, sayang & sanggup menjaga kite selama ini...


Hasil nukilan kamu akan ku pamerkan disini... :) *ada ku kesah.hehehe


rindu ku rindu
pada dirimu
bila kau jauh dari sisi ku
resah gelisah didalam dada
sedih ku rasa mencengkam sukma
datanglah kasih pujaan hati
walau sekejap saja
pengubat rindu hanya diri mu
kemana engkau pergi bawalah diriku
tak sanggup hati ini
berpisah dengan mu




ok.. ^____^ THE END.

Tuesday, July 19, 2011

Singa dalam perkhemahan

Baru sahaja pulang makan dari medan selera bersama member2...
Kebetulan seorang pelajar kite kata kenal kita. "cegu jaga OKU".. 
Pada masa yg sama, pelajar ni baru jew balik dari perkhemahan Pengakap peringkat Negeri tu.. Sangat terkejut sebab aku pun tidak perasan pelajar ini ada dlm perkhemahan tu. Tak perasan bila pakai baju formal dan tshirt di warung..  Apa yg saya dapat info budak ni, peserta dari sekolah lain bertanya begini:




- "Cegu Ivy dari Mutiara ni Garang ke? "  
budak jawab," tak lah nampak  diam-diam jew semasa di sekolah." yelah kite adalah guru pelajar khas. 


Gandingan aku dan Saiful.. Tanpa senyum sikit pun membuatkan
peserta GERUN.....  




-"kali ini, 2 orang Tuan dan Puan di depan ni sangat garang..." 
Sapa lagi, Kem Kom Saiful dgn aku la.. bila bergandingan.. betul2 bikin peserta ketakutan.. yelah SUARA KUAT!!!! bergegar padang. Aku pun tegas.. Kasut basah pun kena pakai juga setiap perjumpaan.. NO SLIPAR2 yew... Tambah dengan Tuan Saiful ni Kawad steady.. huhhh caya lah.


-"Kalau Puan Ivy ni ada lagi di perkhemahan akan datang, kami tak berani nak datang berkhemah lagi.." hadui sampai gitu sekali pula budak2 ni ckp.. tak sangka2. hehehe. Bagusla juga, bagi peluang pada pelajar lain, ni asyik pelajar sama juga..kan.


-"Kami semua takut pada Puan Ivy, bila kami lalu kami akan bagi salam"
Bagi saya pelajar perempuan tak takut kat kite, mungkin kite banyak bersama mereka, membina khemah, byk berbual dengan mrk. Yang byk2 bagi salam "Pagi Puan""Petang Puan...Terima kasih Puan.." semuanya pelajar lelaki.. baru i prasan,.. 


-peserta sukar tidur di dalam khemah lewat2 mlm, citer pasal kem kom lah tu.berhabis cerita pasal pemimpin mereka... :)


Perkhemahan Pengakap W.P Labuan Semua scouts  Sekolah Rendah
dan Menengah seramai 164 orang.
Kali pertama sy diberi tugas ice breaking, pecah bendungan dan pembahagian kumpulan seramai ini.. bukan main pening.. mmg mencabar lah sebab merangkumi pelajar rendah & menengah lagi.


Kesimpulannya, garang ke aku? mungkin didikan zaman Chulalonkorn aku dulu terbawa-bawa dan apabila didedahkan kpd pelajar2 skrg, seakan-akan tak sesuai dgn jiwa dorang.. Yelah pelajar skrg ni santai, byk bergurau, tidak serius, ambil remeh temeh, pandang ringan... Kite buat dorang macam ala-ala militari dan kem tentera pula yek... apa nak buat.. dah jiwa tegas. tapi bila peserta2 ni dah bergaul dgn kite, baru dorang tau.. friendly, open, dan mesranya kita. 







Sunday, June 12, 2011

Kotak sejuk.. nak ke tak nak??

Peti Ais: Semua ada.. ini sahaja tiada.. dah lama nak beli..tapi tidak juga mahu membeli.. bukan tak mampu.. sebab bila dah beli nanti, macam2 aku beli kasi sumbat..kang tak kasi masak(1).. Mood aku kat dapur ni bukannya kekal..kadang2 rajin..kadang2 tak (2). Lagi2 aku ni duk apartment, rasa tak rela nak angkat benda berat2 ni utk dibawa naik.. kena ada org kuat tolong angkat dan turunkan(3)... Mesti rosak punyalah sebab motor benda ni sensitip katakan.... Lagi2. kalau ada peti ais, gejala suka minum dan makan barang sejuk pun akan melarat.. dengan air karbonatnya, manisnya.. tak baik tuk kesihatan gue(4).. huh... So, nak beli ke tak?
Sebab tu kalau cuti..berhabis makan.. ^_____^Y


(1)jimat makan umah.. yer ke?? tabiat aku suka lepak luar/makan luar..
(2)Jimat wang beli makanan: Yer ke? aku conggak2 lebih kurang jew..
(3)Kalau ada family/member datang: mcm2 resepi aku bleh buat..


Oven: Di antara alat pembakar makanan yang aku kerap guna untuk membuat biskut, roti dan makanan bakar.
Kenapa tak beli? Rumah appartment punyalah kecik...dimanakah ruang boleh aku letak? 
Keadaan dapur yang kecil, sempit dan terhad memang membantutkan mood kita untuk berada lama di dapur.. untuk menguli, memotong, meletak.. heihh....


Kalau ada oven: suka buat roti2, pizza, cheese cake, kentang bakar, ikan bakar bersambal... Time perayaan, mcm2 kek & biskut dibuat... ^______^Y 

Friday, June 10, 2011

Ah..Ah... Ah.. Ahmad....




Hai.. Selamat petang..
Hujung2 minggu bergini melayan radio di kereta, di rumah.. lagu ini sering terdengar di corong-corong radio.. Dengan alunan suara merdu Arrora Salwa..sememangnya lagu yang paling seksi yang pernah aku dengar di Malaysia.hehehe.. 



Dengan alunan... Ah ah.. Ahmad gitu.. memang mengancam nama lelaki yang bernama Ahmad.. huhu.. Kenapa tak guna nama lain? Azam ke.. Amin' ke.. hehehe mungkin sebab nak ambik bunyi ''AH'' tu yang lebih berkesan..


Seperti sekarang nih.budak2 sekolah.. yang pelajar bernama Ahmad.. habislah dia dipermainkan oleh rakan2 yang lain..Kalau gurunya bernama Ahmad... huhu


Jom kita karaoke lagu ni.. nyanyi2.. huhu.. sesuai utk orang yang sedang jatuh cinta dengan si 'A'..Ahmad... hehehe