Monday, March 21, 2011

Tong Biru

Hari ini hari pertama sekolah lepas berhari-hari cuti..memang liatlah nak gerak..lebih2 lagi pagi2 melihat beberapa pljar yg sudah digantung kembali semula menunjuk muka.. Memang tegang saluran darah tengok dorang.. kasi tension jew. Tapi ada yg melambai2 kat dorang nih sebab tak dibenarkan berada dalam sekolah selepas digantung. Kene bw parents la dtg utk perjanjian… lega rasa..hehehe

Pertukaran kelas telah dibuat antara pelajar2 yang terlibat. Aku menarik nafas lega juga sebab jadual agak longgar sikit daripada tahun sebelumnya. Inilah ruang dan masa untuk aku mengambil kesempatan membuat kerja yang tak siap-siap terutamanya inventori. Buku Bahasa Inggeris lebih 300 buku, aku ikat dan bawa ke library. Dalam 50 minit aku berjaya mencatat 2 bundle..  Besok ada 2 bundle lagi harap boleh siapkan juga. Lepas dapatkan nombor perolehan dari perpustakaan, kita kene rekod lagi dalam inventori PPKI dan disertakan tandatangan PEGAWAI YANG BERTANGGUNGJAWAB.

Untuk Inventori aku bertanggungjawab menjaga peralatan Muzik dan Bahasa Inggeris.

Bila masa balik, kelopak mata menarik nak bawa ku pulang. Tapi Perut pula memulas paksa nak turun bandar utk diisi... Aku pun pegi bandar isi minyak keta.. pastu makan dengan geng aku Nurita..hehe..

Sebaik jam 6, aku pun pergi bjumpa En. Haris bawa 4 ekor binatang aku. Balik jew terus kasi mandi semua. Takut virus/bakteria dari Pet Hotel masuk ke dalam rumah. Puas aku gosok2 kaki dorang dengan shampoo..Lepas mandi, lega sangat sebab semua kerja dah settle...

Mata akan memandang kuyu pada tong biru ini bila bekalan air putus.
tapi apa yang dasyhatnya... satu tong biru dalam 3000 galon air kot dalam tandas tu.. habis jew.. Saat-saat akhir nak tutup paip kedengaran air kehabisan hingga ke hujung paip. Petang tadi ada air.. balik tak perasan pula bekalan air putus sekejap.. 4 ekor dengan aku sekali tak cukup untuk satu tong besar tu.. tapi time bagi mandi  sekor2 air tak tutup. Memang aku cuci dorang ni sebersih-bersihnya lah.. 

*sekarang air masuk lebih 15 minit untuk penuhkan tong tu balik.

4 ekor keluarga Ping Ping sudah siap mandi.. wangi.... dan bling bling *_* hehe.


0 comments: