Sebelum aku masuk tidur.. rasa kurang enak juga bile dipendam perasaan ni. Banyak benda berlaku hari ini.
Nasib baiklah pagi2 tadi jadual waktu lompang, perasaan pilu aku tak bleh tahan membiarkan Ping Ping keseorang di rumah menahan kesakitan kakinya. Sebelum ni.. ada aku post di FB wall:
Ping Ping telah dirawat oleh Dr. Ahmad tadi. Ketua Klinik Veteriner. Puas berbincang2 dengan doktor aku pula yang putuskan apa jenis suntikkan. Suntikan Antibiotik ada, Multivitamin pun ada. Mula2 aku cadang x-ray..then aku suggest cuba cari suntiikan yang kurangkan bengkak dan sakitnya..-dan aku ada juga cadangkan penyokong pada kakinya.(doktor jawab tak bleh buat sokongan pd yg terseliuh sebab nanti bengkak dan urat nya rosak)
-tapi tadi aku terlupa sangat suruh doktor tu memeriksa suhu badannya..Mana tau dia demam.
Akhirnya, doktor memberi suntikan jenis Dexason iaitu jenis mengurangkan bengkak dan Pain killer.
Lega dah hati bila dah disuntik. Tapi agak bimbang juga apa kesannya suntikkan ni
pada Ping Ping. Sebab aku tak mahu juga Arnab ini dijadikan sbgai bahan ujian..atau tikus makmal konon.
Sebab arnab ni lain sikit dari kucing dan anjing.
Doktor tadi juga diberitahu umur Ping Ping. Dia pun bagitau.. "weh arnab kamu sudah berumur 40 tahun". Then i kata.. Janganla.. berilah dia peluang untuk hidup bersama aku 8 tahun lagi kah...pilu aku ni sebenarnya..Mcm2 masalah yang pernah dihadapi.. penyakit kuku bengkak lah, kelemumur, koyak di pembiakan kulitnya. Arnab ini boleh hidup lebih 8 hingga 12 tahun yek.macam kucing juga...
Pejam celik mmg cepat sgt masa berlalu, dan Ping Ping ini la yang menemani aku dimana berada..Sehinggalah dia berhasil memberikan keturunannya.Sekurang2 ada juga kenangan aku bersama anak-anaknya. Atau ada sisa-sisa kenangan dan bakanya yang baik diturunkan kepada aku..huhu..
Malam2 sejuk ni sengaja aku kasi sejuk bilik ini. 23'ç Dry mood-sejuk tu.. supaya Ping Ping lebih tenang. Hari ini dia cuba keluar dengan terencot2 masuk ke bilik aku utk mdptkn kesejukkn. Ping2 ni suka sejuk.. Aku pun angkat Toilet Trainning berwarna pink, mangkuk makananya, 2 batang kangkong dan air yg dibancuh glukosa(utk tenaganya dan buang panas badannya.)..
Dalam pemerhatian, Ping Ping hari ini nampak lesu, penat dan cepat letih. Cara dia tidur pun pelik sebab kedua2 kakinya di bawa baring dan terangkat.. Apa lagi..aku usap2 kepalanya supaya lebih tenang,. Harap2 la suntikkan tadi boleh mengurangkan kesakitannya...
Harap2 Ping Ping sembuh... sob..sob.. Sembuhla cepat..engkaula penceria hidup aku.. Janganlah tinggal daku.. Mlm ni sungguh myentuh jiwa ku..dgn imbasan kenangan manis aku bsamanya...



0 comments:
Post a Comment