Dui nah..sekian lama menanti masa ni, bermula lah idea2 dlm kepala otak untuk memenuhkan ruang blog. Aku tak kisah blog aku tak berpenghuni.. takda orang follow, janji nikmat untuk publish apa2 saja boleh membuatkan aku puas.. Tak kira, kawan ke, sahabat handai, kawan lama, musuh aku ke.. orang yang di’admire ke? Huahaha..tak kisah lah..korang baca blog ni.. blog ini lebih banyak mendedahkan tentang emosi dan perkembangan hidup aku..
Aku ni jenis cepat boring juga, dlm senarai blog tu bukan hanya satu jew.. bila dah rasa bosan dan sesak aku buka lagi blog yang baru. Biasalah.. buat koleksi gitu bertukar2 macam buku diary. Setiap tahun bertukar. Hehe.
Duiiii lah… sekarang ni sebenarnya aku dalam flight… baru jew steward singgah kat tepi aku melihat aku sejenak sama ada nak angkat ke tak kotak milo yang aku sedang minum nih..aku geleng kepala kata.. “jangan ambik milo kotak aku..” Perangai budak2 masih sebati lagi dalam diri ini.. memang budak2 lah..
Bila sebut jew perkataan budak2. hari ini hari terakhir persekolahan. Perangai bukan mainlah melayan budak2.. sebab malas sangat nak memikirkan hal berat2..aku pun layan lah dok budak2 kite nih.. sebab aku terasa ada sebilangan pelajar ni agak jauh sempadannya dgn aku. Jadi pada hari ini, inilah peluang mereka melihat aku berceloteh seaakan-akan berbual dengan rakan mereka. Yelah dah cuti seminggu nanti mesti aku kerinduan ngan budak2 ni. Tapi bila dah balik ke pulau ni nanti.. keberatan bukan main nak masuk dalam flight ni.
Bersambung balik dengan keadaan aku disini... duiiii gila… kenapa lah byk2 steward ni hensem gila… sgt susah aku nak toleh ke cermin kalau dorang2 ni lalu..setiap gerak geri dorang mesti pandang...Lagila suka kalau dorang berdiri sebentar di area aku duduk. gila.. hahaha.. tapi yang kali ni memang hensem giler lah..kot2 umurnya sebaya kot... or lebih muda.. eish.. ”tak mungkin..tak mungkin...” :P
Sebelum aku masuk flight ni, memang agak janggal lah juga bila time masuk boarding kene keluarkan tiket bersama ic atau pasport.. dulu tak pula macam ni. Ohh ya..sekali sekala aku nak lah share sedikit tips ringan yang bodo2 dgn korang ni time berada dalam pesawat.. tapi mungkin sangat2 berguna untuk orang yang tidak tahu.. Berkenaan dengan kesakitan pada telinga.. tekanan pada sisi rahang pipi kalian.. Dah banyak kali naik belon konon..dari kecik..macam2 experimen aku untuk mengurangkan kesakitan akibat tekanan dlm pesawat nih..
Langkah2 untuk mengurangkan atau menghilangkan..haaa.. hilangkan kesakitan tekanan dalam telinga semasa menaiki pesawat adalah.. cara pertama, tegakkan badan tarik nafas.. kembang kecut dada tu kasi sedut udara. Kemudian tarik nafas dalam-dalam sambil pejamkan mata.. ini untuk menambah oksigen dalam otak..semasa menarik nafas dalam2 tadi buat seakan-akan menguap..pejamkan mata dan sedut udara dengan mulut(mcm menguap) dengan rahang hidung+lelangit ditekan keatas manakala rahang mulut dibuka seluasnya.. berulang2-3 kali. Sekiranya anda berjaya menguap.. tekanan pada telinga itu pun..hilang.. Terus jew kamu boleh mendengar bunyi sebenar di dalam pesawat ni. Bagi yang expert/mahir macam saya, i tak payah menguap. I akan menyedut udara dalam2 dan membuka rahang pipi tu..tetapi dengan mulut yang tertutup.. haa..seronokkan... hehe.. kaedah ini bleh juga dipraktikkan di rumah sebelum nak naik flight tu.. hehe..
Sebenarnya seat aku duduk di sebelah kanan..aku tengok budak lelaki ler dgn iphone nyer tu. Dgn barang byk nih, aku batal niat duduk dgn dia sebab bawah seat dia dah ada brg dah. Aku pun pi duduk seat sebelah kiri... Dah masukkan beg bwh kerusi depan, tercunggap2 lah, bukan main berat beg tu.. 6kg lebih tu.. (syarat tak bleh 5kg). Bbrp minit aku duduk.. lelaki berotot besar penuh bertatu terus duduk kat sebelah aku... duiii kakinya pjg ba mmg sempit la kerusi tu..aku pun nah.. cam myesal la.. Aku pun panggil Steward utk tulung keluarkan beg aku bawah seat utk pindah ke belakang flight, tp tak jadi. "oh, paper beg tak apa"katanya.. pas tu lelaki tu jawab "tidak apa..tidak apa..." ... aku pun berdiam mengetap bibir...
Nah.. padamkan alat elektronik katanya.. 40 minit dlm penerbangan ni.. pendek jew.. ada lagi idea nak dikongsikan tapi.. kena tutup lah juga..
Bila buka balik labtop.. berbalik dengan Imigresen tadi.. Bila aku menyerahkan IC sahaja, pegawai pun bertanya. Kamu lahir mana? Mak Bapa kamu orang mana? Memang was2 diorang dengan status IC aku. Sengaja aku tak keluarkan passport, nak try sama ada status aku ada dlm sistem ke ape2. Rupanya tidak juga dpt kesan. Entahla.. So, jgn hairan la..aku kluar masuk Imigresen pi sebelah pulau jew pun nak perlu passport.. Mengada betul la kan..
Balik jer.. terus pi Shanghai restaurant.. Nak sasarkn 15 item konon.. jadi hari pertama aku Berjaya mengisi 3 daripada 15 item makanan yang jarang dimakan dan sejenis makanan berat-sederhana.haha.. Menunya.. Ayam goreng berkepilkan keladi bersama sos special, kerang(mcm biasalah..) dan home made tauhu buatan Shang Hai restaurant.. Bagi aku restaurant ni ada pelbagai menu baru dalam Miri ni, tetapi sedap dan presentation makanannya kurang… aku letak 2 Bintang jew ** untuk Restaurant Shang Hai Miri..
Okla.. nak tidur dah… terawang2 dengan org dlm belon tadi??? Hahaha…nite.
Glosari:
Belon - pesawat/kapal terbang
Pulai - pulang

0 comments:
Post a Comment