2.50pm terbang bersama Maswings, tetapi hari paling dasyhat saat itu bila kamu lewat ke kaunter Check In dan diberitahu tiketing Kaunter Close. Tidak dpt berbuat apa2 bila Tiketing tidak dpt melayan kamu saat2 akhir 20 minit masa berlepas..
-Detik cemas lagi bila kaunter MAS pun langsung tidak dpt membantu kerana tiada kaitan langsung dgn flight masa itu. Keluar balik menuju ke Tiketing kaunter.
-Medula Oblongata ada tindak balas utk SURVIVE dan merangsang otak membayangkan ada sesuatu kelemahan pada kaunter MAS!!!.. Aku menegur Tiketing bahawa status di paparan skrin masih menunjukkan BUKA/OPEN!!! hehehe
-Tiketing tidak banyak bercakap, dia meminta nombor tiket, nasib disimpan dlm hp buruk nih L3MDM... 3 minit melihat gelagat tiketing lelaki nmpk senior ni menaip2(mungkin memasukkan alasan mgapa passenger ini lambat checkin)
-Perasaan lega bila terdengar mesinnya mencetak tiket MAS tanpa berwarna itu dan diberi kpd ku. Bila ditanya luggage, dia mengelengkan kepala luggage tak dpt masuk. Dgn segera mcm Sonic aku menghantar luggage beroda aku sumbat dlm bonet kereta (nasib kereta berparkir di airport)
-Segera mengambil yg penting2 sj. Bekalan besar2 tak dpt dibawa, hanya coklet2 dan pakaian2 utk family jew dibawa... memang ringan.
-Sangat cekap masuk ke terminal semula dengan mengambil jalan2 shortcut dan lift. Polis di kwsn scanner badan pun terpingga-pinga tengok gelagat aku, sorang2 jew masuk mcm lipas. Tidak ditahan.
-Pangilan utk masuk flight dah diumumkan awal2, tinggal 10 org jew utk masuk ke dlm flight.. aku berlari2 sambil OFF semua phone aku.
-Tengok tempat duduk 2F (terfikir...AIK!!??? depannya tempat duduk aku?? Kelas C. First Kelas tu.. :)
-Bila org2 menghalang aku di depan time letak luggage, stewardess tanya (Seat mana cik?) i jawab 2F, then dia attentionkan org2 depan aku.. "Encik2 sila beri laluan kepada penumpang di belakang"
. :) mcm VIP weh..haha
-Dlm keadaan berpeluh2 nih dan tak dpt menerima aku dpt seat depan.. Dilayan cukup bagus dan aku tertanya2 boleh ke aku makan makanan yg disediakan stewardess ni nanti? Dari menu Bun Loaf with Bilis, u want tea or coffee. Then siap suggest bread with chicken n egg lagi.. Minum pun suggest dari Coke, Pepsi, Revive, 7 Up, Jus guava, orange... i ambik jew Coke. Anyway, rupanya begini rasanya duk kat depan ni yek.. mcm nak jugalah beli seat Business Class nih.. haha..
-Duduk lama dlm flight. Pelik jer sebab 25 minit dah duduk dalam tu dlm keadaan panas...
-Tiba2 kapten berucap, minta maaf kerana terdapat masalah teknikal elektronik dalam kapal.. Berdesir panas darah aku mendengar.. telinga nipis ni rasa kembang jew... Ape ke sejadah berlaku ke atas aku tadi? Petanda ape ni? Mmg penerbangan ni bermasalah, sampai Steward panggil kita utk mengangkat barang dan keluar dari flight. Semua penumpang mengeluh. LDengar rintihan penumpang, tak sampai 3 minit kapten suruh penumpang duduk balik kerana engineering dalam ondaway datang nak baiki kapal... *__*
-Kedengaran ada seorang budak berbahasa iban di blkg aku, Dia sempat membuka hp irama bunyi NOKIA nya itu, merungut dalam hp yang dia ada bw botol... balut dgn "tawel"(towel la tu), telah pecah dan begnya basah... sungguh pekat ibannya dicampur2 dgn situasi cemasnya tu.. lucu.. dia menelefon semasa flight delay.
-Sebaik keluar masuk engineer kapal.. akhirnya kapal kami dapat dihidupkan.. Rasa gerun juga bila time nak berlepas semua material2 sekitar tempat aku duduk bergetar2 berbunyi(ada something tak kukuh atas kepala aku)..
-Rasa gerun aku pun hilang bila stewardess bernama Marie Anne sangat tenang melayan penumpang. Keadaan kesulitan tadi telah melupakan aku. Tak tahulah mcm mana feeling penumpang2 di belakang sana.. :)
3 orang penumpang Business Class aku dihidang lain dari 2 org sebelah aku... Dia menghidangkan:
OK.. siap upload gambar.. masa dah tunjuk 1025 malam.. Baru jew beli tiket balik minggu depan.. Gila..hehehe. RM19x2(return ticket) tanpa berfikir terus klik beli.. last2 senyum2 bila lihat status tiket CONGRATULATIONS...Balik lagi minggu depan... yeahhh...
(nak cuba lewat2 masuk kaunter??? Gila deh!!)
Mengisahkan coretan hidup seorang perantau yg telah berkhidmat di Pulau Mutiara. Ikuti cerita dan kisahnya sepanjang tahun ini..
Sunday, April 10, 2011
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Blog Design by Gisele Jaquenod


0 comments:
Post a Comment