Pagi di sekolah habis org2 aku tanya klinik mana yg boleh dibuat scanning.. Ada yang kata Klinik Permai scanning berwarna dan klinik Suria scanning biasa... Aku jawab bukannya nak tengok kepala baby pun nak scanning bercolour.. ^__^*
Petang 4.30 aku berada di klinik Suria, mendaftar dan kerani klinik menanyakan sama ada aku nak doktor lelaki ke perempuan yg merawat.. aku jawab doktor perempuanlah.. Then dorang suruh aku tunggu 5.30pm utk tunggu doktor perempuan tu datang.
Sambil menungu masa 5.30pm aku pun merayau2 di sekitar klinik tu, sebab kali pertama menjejak kaki di tempat tu. 30 minit aku berada dalam kedai bunga Florist.. Memilih-milih bunga dan membeli sepasu bunga yang sungguh indah.. bunga Lavender.. I suka bunga lavender macam penenang.. tambah2 dengan perfume wangian lavender di rumah dan pejabat... sempat aku minta kelopak bunga ros.. Aku memang ketagih dengan bauan bunga ros.. sambil berjalan menyedut wangian kelopak bunga ros..mcm penghidu gam kangaroo.(klau org tengok aku melintas sambil menghidu mmg mcm org 'crazeh'!!)
Nama aku dipanggil sepenggal. mcm biasa, doktor tanya knp IC nombor lain...
Bila baca report dia faham.. First Scan.. tak dapat dikesan..kene minum air sebotol dan tunggu 30 minit lagi. Bila keluar dari bilik tu.. debaran semakin kuat..entah apa yang dia kata "samar-samar"...
mcm2 dlm fikiran..duihhh...Kalau lah keputusan ada ketumbuhan ke ape.. cemas.. takut.. seram... terbayang2 di tempat bedah.. pisau bedah... dewan bedah menyeramkan... duih!!! paling seram dlm hidup aku bila membayangkan bende2 itu..setelah minum 500ml air.. aku masuk semula... Bila discan semula... hala kiri..hala kanan...terasa sakitlah juga...
Akhirnya doktor kata "Nothing... normal!!" fuh... Lega dan bersyukur.. Thanks god. kerana tiada apa2 yg serius berlaku dlm badan nih... Hanya tuhan je tahu hati yang terasa lapang ini..
Kesimpulannya... Kehidupan manusia yang kaya dengan berjuta-juta ringgit adalah tidak bererti. Hidup yang kaya itu hanya ada bila kita gembira. Gembiralah dengan kekayaan yang kita ada. Kesihatan dan kegembiraan adalah lebih bernilai dalam hidup kita... Statement aku dengar oleh Jutawan Internet, Irfan Khairi di TV tadi.






0 comments:
Post a Comment